Kami menubuhkan laman gossip-gossip ini bertujuan untuk berkongsi cerita-cerita yang menarik dan luar biasa tidak kira apa sekali pun. Bukan mengumpat atau mengata ye !! Anda juga boleh berkongsi cerita dengan kami di kotak chit chat yang telah disediakan di blog ini. Selain itu, anda juga boleh gunakan cerita-cerita ini untuk bahan hiburan dan pengetahuan untuk disampaikan di dalam pembelajaran terutamanya bakal pengajar-pengajar seperti kami. Kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan hal-hal semasa dan agama. Apa yang penting sekali dapat relax kan pemikiran anda.. dan isi masa lapang. Ingat, ilmu perlu di cari ia xkan datang bergolek..
Kami tertarik dengan maklumat-maklumat yang ada di blog ni....http://billyinfo.blogspot.com.
Mohon share je..
Billy Info: 6 Teka-Teki Imam al-Ghazali Kepada Murid-muridnya:
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
Soalan pertama Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4: Kaum kerabat.
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yg paling dekat dgn kita ilah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. ( Surat Ali Imran : 185)
Soalan 2.
Imam Ghazali : Apa yg paling jauh dr kita di dunia ini?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1: Negeri Cina.
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari.
Murid 4: Bintang-bintang.
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu . Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.
Soalan 3
Imam Ghazali : Apa yang paling besar diduania ini?
Lalu beberapa orang murid menjawab.
Murid 1: Gunung.
Murid2: Matahari.
Murid 3: Bumi.
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU ( surah Al A'raf :179) Maka kita harus hati-hati dengan hawa nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
Soalan 4
Imam Ghazali : Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah.
Imam Ghazali : Semua itu benar. Tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH ( Surah Al- Azab :72). Tumbuh-tumbuhan, bintang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Alllah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
Soalan 5
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu.
Murid 4 : Daun-daun.
Imam Ghazali :Semua jawapan kamu benar , tetapi yang paling ringan sekali adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara2 pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.
Soalan 6
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid2 serentak menjawab pedang.
Imam Ghazali : Itu benar. tetapi yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA. kerana melalui lidah manusia dengan senangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
JADIKAN PEMAKANAN YANG SIHAT DAN LAGI SERONOK!!
Percaya atau tidak, anda boleh elakkan membesarkan anak yang suka memilih makanan dan buat waktu makan seronok disisi keluarga.
Ini adalah cara-cara untuk membuat pemakanan sihat dan seronok untuk anak-anak:-
2. Makanan ringan.
(Sediakan bekas di dapur mengandungi makanan ringan yang sihat.(misalnya, bijirin, kuaci, kacang, kismis dan buahan kering)
3. Siapa chef hari ini?
(Biar anak anda jadi chef ! Biarkan anak yang lebih kecil tolong buat salad atau tolong mengacau sup, manakala anak yang lebih tua boleh tolong memotong bahan atau masak nasi. Pasti ibu bapa ada bersama di sisi mereka.)
4. Apa orang lain makan.
( Perkenalkan makanan dari kaum lain. Seperti Cina, Melayu, India, Itali, Jepun dan lain-lain. Kaji setiap kaum dan kongsi dengan anak-anak anda.)
5. Apa anda makan
( Ajar anak anda tentang vitamin dan garam galian dan apakah sumbangannya untuk badan. Cetak satu senarai untuk diletakan di peti sejuk dan biarkan anak anda semak vitamin dalam makanan yang mereka makan sepanjang hari)
* Rujukan majalah pa & ma
PERMAINAN YANG BOLEH MENGATASI STRESS KANAK-KANAK
Sesiapa sahaja boleh menyelesaikan kiub rubik ini. Walaupun cuba untuk menyelesaikan seluruh teka-teki boleh mendatangkan stress bagi sesetengah pihak, namun dengan masa beberapa minit anak-anak memerlukan pertolongan dari seseorang untuk membantunya menyelesaikan kiub tersebut. Dengan ini, permainan ini boleh mengalakkan penglibatan ibu bapa untuk bersama-sama membantu kanak-kanak mengurangkan stres dengan cepat.
DARTS
Manfaat daripada menarik nafas dalam-dalam:
Kanak-Kanak dengan nama terpanjang di Dunia
"Autumn Sullivan Corbett Fitzsimmons Jeffries Hart Burns Johnson Willard Dempsey Tunney Schmeling Sharkey Carnera Baer Braddock Louis Charles Walcott Marciano Patterson Johansson Liston Clay Frazier Foreman Brown'
woooww....panjangnya nama!! Boleh seput menyebutnya...
Setiap hari boleh panggil lain-lain nama...Hari ini pnggil Autumn, esok Sullivan, lusa Johnson...
p/s : buat ibu bapa ;-
Kalau boleh janganlah isi nama anak-anak anda panjang-panjang ye....^_____^
Soalan pertama Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4: Kaum kerabat.
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yg paling dekat dgn kita ilah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. ( Surat Ali Imran : 185)
Soalan 2.
Imam Ghazali : Apa yg paling jauh dr kita di dunia ini?
Lalu beberapa orang murid menjawab:
Murid 1: Negeri Cina.
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari.
Murid 4: Bintang-bintang.
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu . Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.
Soalan 3
Imam Ghazali : Apa yang paling besar diduania ini?
Lalu beberapa orang murid menjawab.
Murid 1: Gunung.
Murid2: Matahari.
Murid 3: Bumi.
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU ( surah Al A'raf :179) Maka kita harus hati-hati dengan hawa nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
Soalan 4
Imam Ghazali : Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah.
Imam Ghazali : Semua itu benar. Tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH ( Surah Al- Azab :72). Tumbuh-tumbuhan, bintang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Alllah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
Soalan 5
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu.
Murid 4 : Daun-daun.
Imam Ghazali :Semua jawapan kamu benar , tetapi yang paling ringan sekali adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara2 pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.
Soalan 6
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid2 serentak menjawab pedang.
Imam Ghazali : Itu benar. tetapi yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA. kerana melalui lidah manusia dengan senangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
JADIKAN PEMAKANAN YANG SIHAT DAN LAGI SERONOK!!
Percaya atau tidak, anda boleh elakkan membesarkan anak yang suka memilih makanan dan buat waktu makan seronok disisi keluarga.
Ini adalah cara-cara untuk membuat pemakanan sihat dan seronok untuk anak-anak:-
- Tolong ibu bapa membeli belah.
2. Makanan ringan.
(Sediakan bekas di dapur mengandungi makanan ringan yang sihat.(misalnya, bijirin, kuaci, kacang, kismis dan buahan kering)
3. Siapa chef hari ini?
(Biar anak anda jadi chef ! Biarkan anak yang lebih kecil tolong buat salad atau tolong mengacau sup, manakala anak yang lebih tua boleh tolong memotong bahan atau masak nasi. Pasti ibu bapa ada bersama di sisi mereka.)
4. Apa orang lain makan.
( Perkenalkan makanan dari kaum lain. Seperti Cina, Melayu, India, Itali, Jepun dan lain-lain. Kaji setiap kaum dan kongsi dengan anak-anak anda.)
5. Apa anda makan
( Ajar anak anda tentang vitamin dan garam galian dan apakah sumbangannya untuk badan. Cetak satu senarai untuk diletakan di peti sejuk dan biarkan anak anda semak vitamin dalam makanan yang mereka makan sepanjang hari)
* Rujukan majalah pa & ma
PERMAINAN YANG BOLEH MENGATASI STRESS KANAK-KANAK
Permainan Komputer
Jika anda memiliki komputer terdapat beberapa permainan yang telah disediakan di dalam PC tersebut. Permainan seperti FreeCell, Minesweeper, Solitaire sebenarnya mampu mengurangkan tekanan anak-anak. Keistimewaan permainan computer ini adalah tidak perlu disambungkan ke internet untuk bermainnya. Mereka boleh bermain bila-bila masa. Apabila percubaan percuma anda tamat, anda boleh memilih sama ada untuk membeli permainan atau menggunakan uninstaller yang dimasukkan untuk memadam ia dari pemacu komputer anda. Sesetengah ibu bapa memarahi anak-anak untuk bermain games kerana bimbang computer rosak. Tidak salah , sekali-sekala memberi mereka peluang untuk bermain sekurang-kurangnya 4 kali seminggu atau jadikan sebagai alat pujukan. Sebagai contohnya, adik, perlu pergi sekolah, kalau tidak ibu tidak kasi adik main games’. Ini secara tidak langsung memberi semangat kepada kanak-kanak untuk melakukan sesuatu perkara agar keinginan mereka tercapai.
DECK CARDS.
Permainan yang cepat! Bersama-sama dengan deck cards ini, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli buku Permainan Solitaire .Banyak buku diterbitkan khas untuk pemainan Solitaire dan menawarkan beratus-ratus permainan dan variasi permainan.
CUBE RUBIK
SLINKY
Cara bermain permainan ini ialah hanya melantun sahaja. Slinky ini berulang-alik dari tangan ke tangan
dan meletakkan fokus anda pada permainan ini. Oleh itu, apabila kita melantun slinky akan mengambil
nafas dalam beberapa masa dan berehat ! Hasilnya, sikit demi sikit kita akan cuba melepaskan tekanan
tersebut pada slinky tersebut.
BOLA PUNCH.
Ini bukanlah hanya satu permainan, tetapi ini boleh mengurangkan tekanan yang hebat dan pasti menjadi pilihan yang lebih baik kepada anak-anak daripada memukul dinding atau menendang sisi meja rumah anda apabila tekanan anak-anak bermula. Bola punch ini boleh didapati di mana-mana pasaraya, kedai permainan dalam harga yang murah dan berpatutan. Mereka akan melepaskan yang ada kepada bola ini dengan cara menumbuk, menyepak, menendang dan sebagainya. Hasilnya kanak-kanak ini akan berasa puas.
Dottie Ward-Wimmer seorang pakar permainan terapi dari William Wendt Center for Loss and Healing, Washington menyatakan, “permainan-permainan seperti ini dapat memberikan kesegaran, memupuk semangat dan mengurangkan tekanan seseorang. Dalam syarikat besar seluruh Amerika, gim sentiasa tersedia kerana memahami tekanan akan hilang menerusi aktiviti fizikal. Kanak-kanak juga tidak terkecauli dalam mengikuti permainan ini. Walaupun mereka tidak menepati sasarannya namun ini adalah baik untuk mereka mempelajarinya. Bagi mereka permainan ini juga mampu mendisiplinkan diri kanak-kanak . Kanak-kanak akan fokus apabila melontar dart. Mereka mengandaikan di hadapan mereka adalah musuh atau masalah yang di hadapi. Dengan ini, mereka tidak akan menyakiti diri atau sesiapa sahaja bila tekanannya meletus. Ibu bapa perlu meletakkan permainan ini di tempat yang lapang agar dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.
CROSSWORD PUZZLE BOOKS
Terdapat banyak buku teka-teki silang kata tang berbentuk perkataan, mazes, dan bermacam-macam lagi. Ibu bapa perlu pandai memilih buku ini. Caranya adalah beli beberapa buah buku yang mempunyai teka-teki yang mudah dan sesuai mengikut umur dan tahap pemikirannya. Permainan ini bagus untuk menangani stress mereka mengikut mood dan tahap tekanan mereka. Dengan ini, kanak-kanak akan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan.
MELAKUKAN REGANGAN BADAN SEPERTI YOGA.
Anak-anak hari ini menghadapi cabaran kesihatan yang kompleks seperti juga orang dewasa. Antaranya kemurungan, kegemukan, tekanan darah tinggi dan rasa gelisah. "Kesan sampingan ubat dan rawatan di hospital mungkin turut menambah rasa gentar bukan sahaja si anak tetapi juga ibu bapa mereka," demikian menurut mahaguru yoga dari Ancient Yoga Consulting (AYC), Elanggovan Thanggavilo, 37 dalam satu wawancara dengan Bernama di sini baru-baru ini.
Jelas beliau, sains purba terapi yoga yang holistik adalah salah satu cara yang lebih berkesan untuk menangani masalah yang dihadapi anak-anak masa kini supaya mereka dapat mengekalkan tahap kecergasan dan kesihatan yang baik.
TARIK NAFAS DAN HEMBUSKAN.
· memberi tenaga
· mengurangkan tekanan
· memperbaiki immune system dalam badan
· memperbaiki mood
· memperbaiki kualiti darah disebabkan penambahan oksigen dalam paru-paru
· membantu dalam proses nyah toksin
·
Tarik nafas dalam-dalam, merupakan cara mudah untuk merehatkan tubuh anda sebentar dan memberikan ketenangan. Ajar anak-anak tarik nafas sedalam yang boleh kemudian lepaskan secara perlahan-lahan melalui mulut. Ulangi langkah ini sebanyak 10 kali. Mereka pasti akan merasakan lebih tenang daripada sebelumnya. Anda juga boleh melakukan bersama-sama anak-anak agar mereka seronok.
The End....
Jangan lupa Try....ye!!!
Kanak-Kanak dengan nama terpanjang di Dunia
"Autumn Sullivan Corbett Fitzsimmons Jeffries Hart Burns Johnson Willard Dempsey Tunney Schmeling Sharkey Carnera Baer Braddock Louis Charles Walcott Marciano Patterson Johansson Liston Clay Frazier Foreman Brown'
woooww....panjangnya nama!! Boleh seput menyebutnya...
Setiap hari boleh panggil lain-lain nama...Hari ini pnggil Autumn, esok Sullivan, lusa Johnson...
p/s : buat ibu bapa ;-
Kalau boleh janganlah isi nama anak-anak anda panjang-panjang ye....^_____^
* rujukan Billy Info
REAKSI SEDIH SEORANG KANAK-KANAK MISKIN.
Ya Allah, kasihanilah kanak-kanak ini...Sebak hati kami apabila melihat reaksi kanak-kanak miskin ini yang hanya mampu melihat barang yang tak mampu dibeli.. Kalau kita dulu tak dapat apa yang kita nak mesti dah berguling-guling, menangis bagai nak rak tapi kanak-kanak tabah sekali~~ Sobbbbb
p/s:
- Bersyukurlah apa yang anda ada pada hari ini..Ingat ada yang lebih susah dari anda..!!
- Kadangkala, kesusahan itu adalah ujian Allah untuk melihat sejauh mana ketabahan hambanya.
* rujukan Billy Info
MELEBIHKAN SESUATU AKAN MENGURANGKAN SESUATU.
Menulusuri pesanan Amirul Mukminin Sayidina Umar R.A
MELEBIHKAN SESUATU AKAN MENGURANGKAN SESUATU.
Menulusuri pesanan Amirul Mukminin Sayidina Umar R.A
- Orang yang banyak ketawa akan menyebabkan kehebatan dirinya berkurangan.
- Orang yang suka bergurau akan dipermainkan disebabkan gurauannya itu.
- Orang yang kerap melakukan sesuatu perkara akan dikenali melalui perbuatannya itu.
- Orang yang banyak bercakap akan menyebabkan kesilapannya bertambah.
- Orang yang sentiasa silap pula akan mengurangkan malunya.
- Orang yang kurang malunya, kuranglah sifat waraknya.
- Orang yang kurang sifat waraknya, maka hatinya telah mati.
* Rujukan majalah gen-Q
No comments:
Post a Comment