MATLAMAT
Matlamat modul ini ialah untuk membantu guru memahami,
menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan
pembelajaran.
OBJEKTIF
§Menerangkan
maksud pembelajaran
kontekstual
dan kepentingan
menyerapkan
pendekatan kontekstual
ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
§Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.
§Mengaplikasi
dan mengamalkan
pendekatan kontekstual
dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan.
§Melatih guru
lain menjalankan
pengajaran menggunakan
pendekatan kontekstual.
APAKAH
PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL?
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran
yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit
yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.
TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL
Pengetahuan sedia ada + pengetahuan baru
Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara
yang bermakna dalam rangka minda mereka.
PENDEKATAN
KONTEKSTUAL MERENTAS PELBAGAI DISIPLIN ILMU
-Matematik
-Sains
-Komunikasi
-Fizikal dan estetika
-Kerohanian,sikap dan nilai
RUMUSAN
Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara
yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran
yang dihasratkan.
No comments:
Post a Comment