Cute Onion Club - Onion Head

Followers

Wednesday, 20 June 2012

Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam



Pendidikan berlangsung sepanjang hayat. Ia bermula daripada pemilihan calon suami dan isteri ataupun bakal bapa dan ibu sehingga ke liang lahad. Justeru, pendidikan bermula dari rumah dan guru yang pertama adalah ibu.
Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam adalah jawapan kepada persoalan para ibu bapa yang mahu memastikan permata hati mereka membesar dalam didikan sempurna yang disarankan Islam. Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam menekankan enam aspek utama dalam pendidikan anak-anak merangkumi aspek rohani, kognitif, bahasa, emosi, jasadi dan sosialisasi.

Keenam-enam aspek ini perlu difahami oleh ibu bapa dan dipraktikkan sepanjang proses perkembangan anak-anak bagi memastikan mereka mendapat pendidikan menyeluruh yang merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi.

Pendidikan awal anak adalah peletakan batu asas yang penting supaya keseluruhan sistem pendidikannya bergerak pada orbit yang betul berpaksikan prinsip tauhid. Hasrat pendidikan awal anak adalah penyemaian benih bermutu bagi menjadikan keredaan Allah sebagai puncak pencapaian pendidikan dan destinasi terakhir perjalanan manusia.

Buku ini memberi fokus kepada peringkat pendidikan terawal anak secara sistematik dan praktikal. Lebih awal persiapan dibuat, lebih besar potensi bagi mencapai kejayaan.


Isi Kandungan:

Prakata

Pendahuluan

Pengertian Pendidikan Anak-Anak
- Asas Pendidikan Anak-Anak

Tema Pembangunan Rohani
- Panduan Mengenali Allah dan Mencintai Rasul
- Panduan Mengajar Solat
- Panduan Membaca Al-Quran

Tema Pembangunan Kognitif
- Keajaiban Otak Anak
- Deria dan Perkembangan Kognitif

Tema Pembangunan Jasmani
- Asas Pembinaan Fizikal Menurut Perspektif Islam
- Kaedah Pembinaan Fizikal Menurut Perspektif Islam
- Tahap Perkembangan Fizikal Anak-Anak
- Kemahiran Pergerakan Motor
- Pantulan (Refleks)
- Kemahiran Pergerakan Motor Kasar dan Halus
- Pertumbuhan Fizikal Anak
- Perkara-Perkara yang Mempengaruhi Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal

Tema Pembangunan Bahasa
- Asas Pembinaan Bahasa Menurut Perspektif Islam
- Asas Pembinaan Bahasa Menurut Perspektif Islam
- Peringkat Perkembangan Bahasa Anak-Anak
- Program Khusus Memperkenalkan Bahasa Kepada Bayi

Tema Pembangunan Emosi
- Asas Pembinaan Emosi Anak Menurut al-Quran dan Sunah
- Perkembangan Emosi Bayi
- Keyakinan Kendiri

Tema Pembangunan Sosialisasi
- Asas Pembinaan Sosialisasi Anak Menurut Al-Quran dan Sunah
- Kemahiran Berinteraksi
- Perkembangan Sosialisasi Anak-Anak
- Tingkah Laku Prososial
- Tingkah Laku Antisosial
- Adab-Adab Sosial

Penutup dan Harapan
Bibliografi
Biodata Penulis

Jangan lupa dapatkan buku ini di pasaran..

Sumber: PTS

16 langkah membentuk Anak soleh.

1. Memilih calon isteri yang baik, seperti mana hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud, 'Lihatlah agama calon isteri supaya engkau tidak celaka' (Muttafaqun alaihi).



2. Ibubapa hendaklah sentiasa berdoa dan merendahkan diri kepada Allah s.w.t agar berkenan memberikan rezeki anak yang soleh.

Doa 1: 
' Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang bertakwa' w(AL-Furqan : 74)

Doa 2: 
' Ya Tuhan ku berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik, Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa' ( Ali -Imran :38)


3.  Beri nama anak yang baik. Nama yang dicintai Allah adalah, Abdullah, Abdurrahman. Dan nama-nama yang paling benar : Hammam dan Harits

4. Ibu bapa menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.

5. Setiap anak wajib dididik dan dibesarkan dalam persekitaran islamik.Serta jauhkan mereka daripada perbuatan-perbuatan  yang buruk.

6. Suruh anak-anak solat andai mereka sudah berumur 7 tahun, dan pukullah mereka sekiranya tidak mengerjakan solat saat mereka berumur 10 tahun.

7. Pisahkan dengan tempat tidur anak-anak, jangan satukan mereka andai anak anda itu lelaki dan perempuan.

8. Biasakan anak bersikap jujur, menepati janji, dan berakhlak mulia.

9. Ajar anak-anak makan dengan tangan kanan dan mulakan dengan bismillah...



10. Cegah atau larang anak-anak menonton rancangan tv yang terkandung perkara-perkara haram dan campur baur lelaki dan perempuan.

11. Bersikap adil dalam mendidik anak-anak untuk melakukan amar makruh dan nahi mungkar. Janganlah melampaui batas dan jangan pula terlalu lemah, jangan berlebihan dan memukul anak dan jangan pula membiarkan mereka tanpa teguran.

12. Berikan anak-anak anda makan makanan yang halal.


10. Bantulah mereka untuk taat kepada Allah s.w.t dan Rasul Nya.


14. Pilihlah calon isteri yang solehah serta membantu anda membentuk anak mengikut cara islamik.

 

15. Sebelum mendirikan rumah tangga, isikan diri anda dengan ilmu agama yang cukup, seperti fikah, hadis, ilmu bahasa dan tanamkan rasa cinta untuk membaca dan meghafal al-quran.

16. Selain memupuk ilmu agama, ibu bapa perlu membuka ruang kepada anak untuk belajar tentang ilmu khusus dunia. Berikan kata-kata semangat dan sentiasa ingatkan mereka tentang akhirat.


Sumber rujukan majalah i




You Mr. LoneLy???


Have you ever felt lonely? Do you feel that you don't fit into group? Well, if you have answered " yes" to the questions that i have just posed to you, don't despair. Here's the good news. There are ways to beat loneliness. In order to overcome loneliness or to cope with it, you need understand that loneliness is not disease. It is merely a state of mind. Some people usually feel there's absolutely nothing to do and spend time alone around the house. My advice to these peoples, get actively involved in something, get a hobby or even several hobbies, join clubs and relate to other people. You'll soon find that you have something constructive to work towards and this well dispel any notion of loneliness that you may here.


Another cause of loneliness is the inability of some people to communicate. They may find difficuly in expressing themselves, and may thus find themselves in a situation where they are not able to make friends. To improve their communicate skills, they could get involved in personal development courses. This will boost their self- confidence to communicate. Thinking negatively will only draw you into a shell  of loneliness. Finally, remember not to fear being alone. Fear might even lead you into other negative feelings like frustration and depression. 

Monday, 18 June 2012

Aktiviti untuk kanak-kanak.


Ini adalah beberapa cadangan aktiviti yang boleh dijalankan untuk kanak-kanak. Setakat ini, semua aktiviti yang kami jalankan untuk kanak-kanak memang berkesan. Tapi anda semua harus pandai juga sesuaikan dengan keadaan kanak-kanak.

TAJUK PERMAINAN 1     :      MEREBUT KERUSI
                                                (KERUSI MUZIKAL)

CARA BERMAIN       :
1.    Kerusi akan diletakkan dengan rapat dan akan menyentuh satu sama lain
2.    Kerusi akan cukup-cukup untuk kumpulan kanak-kanak
3.    Apabila muzik dimainkan kanak-kanak akan mengelilingi kerusi dan apabila lagu dihentikan kanak-kanak akan merebut kerusi tersebut
4.    Kerusi akan dikurangkan setiap kali selepas merebut
5.    Kanak-kanak yang tidak dapat duduk akan disingkirkan

PERALATAN              :         
  1. Kerusi
  2. Radio muzik

OBJEKTIF                  :          
1.    Menjadikan kanak-kanak lebih peka
2.    Supaya kanak-kanak bertindak balas dengan cepat terhadap situasi yang dialami
3.    Dapat mengimbangi badan



TAJUK PERMAINAN 2     :      STREETS AND ALLEYS

OBJEKTIF                             :
1.    Supaya kanak-kanak lebih peka terhadap sesuatu arahan
2.    Menggerakkan otot-otot di bahagian kaki
3.    Supaya kanak-kanak bertindak balas dengan cepat terhadap situasi permainan sedang berlaku

ALATAN                                :     

      1. Satu skiter besar

LANGKAH PEMAINAN      :
1.    Pelajar dibahagikepada 3 kumpulan
2.    3 orang akan dipilih sebagai pemain
3.    Seorang sebagai ketua yang akan menyebut streets dan alleys
4.    Kumpulan tadi akan membuat 3 barisan dan akan memegang tangan kawan
5.    Apabila ketua menyebut street barisa tetap lurus
6.    Dan apabila ketua menyebut alleys barisan akan berubah dengan pantas menjadi melintang.
7.    2 orang pemain tadi hendaklah berhenti jika terkena barisan maka akan dikeluarkan dan diganti dengan yang lain


PERATURAN                       :        

   1. Hendaklah peka mendengar arahan

KESIMPULAN                      :          
1.    Kanak-kanak dapat menjalinkan kerjasama antara kaum
2.    Kanak-kanak akan dapat mengetahui pentingnya peraturan dalam sesuatu kerja.








Saturday, 16 June 2012

Panduan pemakanan Si Comel







Anda seharusnya memainkan peranan penting dalam menentukan corak pemakanan anak-anak. Sekiranya gagal berbuat demikian, dikhuatiri generasi muda ini tidak membesar sebagai pelapis yang sihat dan pintar.

Suatu ketika dahulu, apa sahaja yang dihidangkan oleh ibu bapa, itulah yang akan dijamah oleh si anak. Walau bagaimanapun, di masa kini senario sebegitu mulai berubah. Kanak-kanak di zaman ini lebih cenderung untuk memilih makanan segera berbanding makanan seimbang dan berkhasiat. Padahal makanan inilah yang sepatutnya diambil bagi mengiringi pertumbuhan yang sihat. Pada dasarnya, kanak-kanak perlu mengambil tiga hidangan makanan seharian dengan menjadikan snek berkhasiat sebagai makanan sampingan. Makanan itu termasuklah sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin, daging, ayam dan kekacang yang dapat membekalkannya nutrisi yang diperlukan.

Kesibukan ibu bapa moden dalam memenuhi tuntutan kehidupan seharian menjadi salah satu faktor yang menjurus kepada permasalahan di mana anak-anak terjebak dalam pengabaian amalan pemakanan berkhasiat. Untuk itu, anda perlu bersikap tegas dalam mengawal tabiat pemakanannya. Ketahuilah, kunci utama dalam membentuk pemakanan yang baik sebenarnya bermula daripada diri anda sendiri. Oleh itu, anda perlu sentiasa menjadikan diri sebagai contoh yang paling baik.

Beringatlah bahawa jika mahu anak membentuk amalan pemakanan sihat, maka anda perlu menjadi role model. Jika mahu anak makan sayur-sayuran hijau yang biasanya tidak digemari olehnya, anda perlu menunjukkan kepada dia untuk dijadikan teladan. Namun, jika anda sendiri suka mengambil makanan segera dan minuman bergula, sudah tentu anda sukar untuk mengubah tabiat tidak sihat si anak.

1. Libatkan Anak
Anda digalakkan untuk kerap membawa anak ke pasar mahupun pasar raya bagi memperkenalkannya cara yang betul dalam memilih makanan berkhasiat. Sewaktu membeli-belah dan menyediakan makanan juga, dapatkan kerjasamanya. Dengan cara sebegini, anda dapat mendidik dia mengenal zat pemakanan melalui label pada bungkusan makanan. Malah, anda boleh bercerita berdasarkan fakta yang betul tentang makanan yang bakal disediakan.

2. Pelbagaikan Makanan
Anda perlu mempelbagaikan jenis masakan supaya dia mempunyai banyak pilihan yang secara tidak langsung dapat membuka seleranya untuk mencuba makanan yang mungkin sebelum ini tidak disukainya.

3. Hidangan Menarik
Anda perlu lebih kreatif dalam menyediakan makanan bagi menarik perhatiannya mencuba makanan yang mengandungi semua khasiat diperlukan. Anda seharusnya bijak dengan menyediakan resipi mudah tetapi berwarna-warni supaya dia makan apa sahaja yang dihidangkan.

4. Tempoh Masa Makan
Pastikan tempoh sesi makan anda sekeluarga adalah di antara 20 minit hingga 30 minit. Hal ini kerana kanak-kanak kecil amat mudah meniru perlakuan orang dewasa. Kecenderungan ini merupakan peluang baik untuk anda membentuk tabiat makan yang sihat. Oleh kerana itu, penting juga untuk anda menunjukkan contoh amalan pemakanan yang baik di hadapannya.

5. Makan Bersama Sarapan Pagi Dan Makan
malam merupakan waktu makan bersama paling baik. Jadikan waktu makan ketika ini sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Pada waktu inilah, anda sekeluarga dapat menikmati makanan enak dan sihat di samping mengeratkan hubungan masing-masing.

6. Masak Sendiri Di Rumah
Makanan yang disediakan sendiri lebih bersih dan sihat. Ini berikutan makanan yang disediakan di restoran, lazimnya mengandungi lebih banyak lemak, gula, garam dan perasa. Oleh itu, amalan memasak sendiri di rumah dapat menjadi contoh yang baik kepada anak.

7. Simpan Makanan Berkhasiat
Di ruang penyimpanan makanan seperti peti sejuk dan kabinet dapur, tempatkan makanan-makanan yang baik untuk kesihatan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, snek berkhasiat dan sebagainya.

Pastikan juga makanan tersebut disimpan di tempat yang mudah dicapai jika dia memerlukannya ketika lapar.

8. Jangan Memaksa
Jika anak-anak tidak dapat menghabiskan makanan, jangan paksa dia menghabiskannya. Untuk itu, jangan mengisi penuh makanan ke seluruh pinggannya.

Sebaik-baiknya tawarkan hidangan sedikit demi sedikit. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan dia untuk meminta lebih banyak makanan lagi.

9. Kaedah Memasak Sihat
Mengukus, merebus dan membakar adalah antara kaedah memasak yang baik untuk kesihatan. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk mengurangkan kaedah memasak cara menggoreng kerana ia sememangnya tidak baik untuk kesihatan.


artikel pilihan majalah pa&ma

10 tips jadikan Anak Superbaby







Semua ibu bapa mahukan anak yang cergas, cerdik dan ceria. Tetapi, mampukah impian ini dicapai? Apatah lagi apabila kepintaran bukan diwarisi tetapi perlu dipelajari. Oleh itu marilah bersama-sama pelajari cara untuk menjadikan anak anda Superbaby!

Sebenarnya, semua bayi berpeluang bergelar Superbaby. Menurut Jurulatih Keibubapaan Bertauliah oleh Coach-Parenting USA, Zaid Mohammad, Superbaby bukan setakat merujuk kepada bayi yang pandai membaca tetapi meliputi keseluruhannya termasuklah kecerdasan minda dan emosi.
Beberapa faktor perlu diambil kira oleh ibu bapa bagi memastikan anak mereka cemerlang seperti tip yang diberikan oleh Zaid ini.Berhenti merokok kerana asap rokok yang beracun boleh membantutkan perkembangan otak bayi.

1. Makanan yang membina minda seperti kurma, kismis dan susu sangat bagus untuk otak cerdas. Jadi amalkannya semasa mengandung.

2. Jangan malas wahai ibu! Rajin-rajinlah membuat aktiviti yang menguji minda seperti latihan matematik ataupun permainan sudoku semasa mengandung.

3. Warna-warna merah, hitam dan putih sangat baik untuk merangsang minda kerana bayi berusia enam bulan ke bawah hanya dapat melihat warna-warna kontras.


artikel pilihan majalah pa & ma.