Cute Onion Club - Onion Head

Followers

Thursday, 5 July 2012

Pendidikan Asas al-quran untuk awal kanak-kanak

JOM KITA DENGAR


p/s : sebelum  dengar  anda perlu matikan dulu button lagu maher zain kt bawah tu... jika tidak ia akan menggangu ketenteraman lubang telinga anda..

Ini merupakan album baru kumpulan devotees yang berkonsepkan pendidikan asas al-quran. Album ini menampilkan 11 buah lagu dan di dalamnya merangkumi sebutan asas huruf-huruf hijaiyyah dan sangat sesuai bagi semua peringkat umur. Terutamanya kanak-kanak yang masih kecil  sebab pada  umur ini mereka mudah menyerapkan apa yang didengar. Peranan guru dan penjaga pula harus mewujudkan persekitaran-persekitaran yang baik untuk anak-anak membesar. "Anak yang cemerlang hasil daripada didikan ibu bapa yang cemerlang" . Like father like son. la....

Untuk maklumat lanjut sila layari www.facebook.com/devotees.nasyeed atau www.albaghdadi.com.my

Tantrum





Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.


2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

sumber dari FB : Prof. Dr. Rozieta Shaary

COntect Lens




1. demam juga dikecualikan daripada memakai kanta sentuh. Ini kerana, kuman yang menjangkiti salur pernafasan juga boleh merebak ke ruang mata dan seterusnya akan melekat di kanta sentuh yang dipakai.

2. Ibu di awal kehamilan juga tidak digalakkan untuk memakai kanta sentuh ini. ini kerana pada fasa ini, para ibu akan mengalami masalah penglihatan kabur akibat pembengkakan sel di depan mata.

3. Contohnya, jika kanta sentuh anda jenis berwarna, anda tidak digalakkan untuk memakainya selama lebih 8 jam.  Ini penting untuk mengelakkan kejadian overwear kanta sentuh dan mata kurangnya oksigen

4. Sekiranya anda tidak memakai kanta sentuh untuk beberapa hari, MPS di dalam bekas rendaman perlu ditukar setiap malam

Nota kaki: Penggunaan kanta sentuh pada kali pertama adalah cuma selama 4 jam sahaja. Hari kedua adalah 6 jam sahaja. Hari ketiga dan seterusnya adalah 8 jam. Jangan pakai kanta sentuh melebihi 10 jam.

p/s: sebenarnya banyak lagi tips2nya. maklumat lanjut anda boleh layari blog ni...http://anissuzanna.blogspot.com/2011/07/cara-memakai-kanta-sentuh.html
 Di sini saya hanya berikan yang ringkas dan info kepada yang mungkin tidak diketahui oleh pemakai kontek lens sendiri...

Wednesday, 4 July 2012

Cerita untuk kanak-kanak

Unta dan ibunya



Seekor unta kecil bertanya kpd ibunya, “Ibu kenapa tapak kakiku besar & hanya terdiri dari tiga jari?”

Ibu unta menjawab, “Kita kan unta, kaki seperti itu bagus utk merentasi gurun agar kaki tidak tenggelam dalam pasir.”

“Lagi kenapa bulu mataku panjang?” tanya anak unta lagi.

“Jika kita berjalan di gurun, pasir-pasir selalu beterbangan. Bulu mata yg panjang akan melindungi matamu dari dimasuki pasir,” jawab ibunya.

“Di belakang aku ada bonggol. Itu utk apa?” tanya anak unta lagi.

“Itu utk menyimpan air. Jadi kalau kita berjalan melintasi gurun yg susah nak cari air, kita boleh bertahan walaupun tidak minum berhari-hari,” jawab ibunya dengan sabar.

Setelah sekian lama terdiam, anak unta berkata lagi, “Jadi kita punya tapak kaki lebar, bulu mata panjang & bonggol di belakang adalah utk hidup di gurun…”

“Benar sayang,” jawab induknya.



sumber fb~- Nizarazu -

Pembelajaran secara Kontekstual


MATLAMAT
Matlamat modul ini ialah untuk membantu guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran.
OBJEKTIF
§Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
§Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran  secara kontekstual.
§Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan.
§Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual.

APAKAH PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL?

         Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.  Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti        hands-on dan minds-on.



 TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL 

 
Pengetahuan sedia ada  +  pengetahuan baru
Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.

PENDEKATAN KONTEKSTUAL MERENTAS PELBAGAI DISIPLIN ILMU
-Matematik
-Sains 
-Komunikasi
-Fizikal dan estetika
-Kerohanian,sikap dan nilai

RUMUSAN
        Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka.  Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya.  Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian.  Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.





Amalan Menjaga Kesihatan diri



[PETUA IMAM SYAFIE]

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●●



Monday, 2 July 2012

CIRI-CIRI KEJAYAAN DALAM PEMBELAJARAN


Kita kekalkan :
·10 %  Apa yang kita baca
·20 %  Apa yang kita dengar
·30 %  Apa yang kita lihat
·50 %  Apa yang kita dengar dan lihat
·70 %  Apa yang kita bincang
            dengan orang lain
·80 %  Apa yang kita alami sendiri
·95 %  Apa yang kita ajar kepada
            orang lain 



Sumber : Secret of Ancient Chinese Art of  Motivation