Apa itu bacaan lantang?
- Bacaan daripada pihak guru kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca.
- Kanak-kanak menjadi pendengar dan respond pada bacaan kita.
- Sesuai dijalankan kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca.
- Apa yang kita baca dengan kanak-kanak perlu dirancang terlebih dahulu.
- Teks yang kita baca itu tidak semestinya kanak-kanak tahu dan faham.
- Berinteraksi dengan kanak-kanak.
Apa jenis bahan/buku yang boleh saya baca untuk kanak-kanak??
segala jenis bahan bacaan.
Kenapa guru perlu bersedia??
- Guru perlu tahu jalan cerita terlebih dahulu. Kemudian barulah boleh ceritakan pada kanak-kanak.
- Buat perancangan. Contoh highlight tempat yang nak berhenti, sediakan soalan-soalan untuk menanya kanak-kanak.
- Eye- contact dengan dengan kanak-kanak.
- Supaya kanak-kanak faham, sebutan ayat dapat bertambah dan mengenal perkataan dan huruf-huruf.
Soalan- soalan ( jenis-jenis soalan yang boleh ditanya kepada kanak-kanak)
- Soalan berbentuk ramalan.
- Soalan berbentuk fakta/ingatan contoh: ada berapa ekor anak ayam?
- Soalan berbentuk penilaian.
- Meletakkan situasi pada cerita.
- Soalan imaginasi
- Soalan berbentuk pengalaman kanak-kanak.
- Bila kelas bermula dan di akhir pembelajaran sekolah.
- Sementara nak tunggu aktiviti lain.
- Sebagai aktiviti tambahan waktu/ aktiviti sampingan
- Bila-bila masa kita rancang.
KepentiNgannYa???
- Memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolahan.
- Meningkatkan asas kosa kata.
- Meningkatkan daya ingatan dan kemahiran membaca.
- Mendapatkan maklumat mengenai dunia sekeliling mereka.
PerSediaan ( Strategi bacaan kuat)
SEBELUM
- Cari buku yang sesuai dengan kefahaman kanak-kanak.
- Pastikan cikgu faham jalan cerita itu.
- Duduk, ambil sekumpulan kanak-kanak (jangan terlampau banyak kanak-kanak)
- Pegang buku ke depan. macam ini...
- Mulakan suara yang kuat.
- Pastikan kanak-kanak diam.
- Baca dengan eksprasi muka.
- Tukar suara dengan setiap watak yang berbeza.
SELEPAS
- Sesi soal jawab seperti guru boleh tanya kefahaman jalan cerita kepada kanak-kanak. ( kenapa dan bagaimana jalan cerita tersebut terjadi)
- ulang balik cerita maksudnya cerita sekali imbas.
* rujukan nota ringkas semasa pembelajaran ict.
Menarik isi laman blog ini. terima kasih dengan perkongsian ilmu. tak sabar nak aplikasi pada anak murid saya.
ReplyDelete