DeFinisi Muzik
¨Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu seni yang tertumpu kepada aspek pendengaran.
¨Muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak- kanak prasekolah dalam bentuk elemen bunyi.
DeFInIsi PerGeRAKAN
¨Menurut Dalcroze (1950), cara terbaik bagi kanak- kanak belajar adalah dengan “melakukan” (learning by doing).
¨Tubuh adalah asas keseluruhan pergerakan dengan muzik.
¨Pergerakan melalui muzik dapat dilakukan melalui pergerakan bukan lokomotor seperti tepuk tangan, petik jari dan hentak kaki.
TiNdak BalAs Bayi TerHadaP muzik
¨Bayi selalunya akan memberi tindak balas berbeza terhadap pelbagai jenis muzik.
¨Ia bergantung kepada faktor umur, keadaan dan perasaan mereka pada masa tersebut.
¨Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan melalui pemerhatian terhadap bayi kepada tindak balas dalam keadaan sedar.
KanAk- KAnak Awal (Toddlers)
¨Apabila bayi mula membesar sebagai kanak- kanak kecil, mereka sudah boleh bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik.
¨Kanak- kanak ini tahu bermain dengan alat muzik seperti kastenet, kerincing, tamborin dan sebagainya.
¨Pendedahan daripada ibu bapa dan guru di taska terhadap elemen muzik dan pergerakan ini penting dalam perkembangan kanak- kanak.
Kanak- kanak 3 Tahun
¨Telah mengalami perkembangan dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial yang baik.
¨Mampu menggolek, membaling dan menyepak yang boleh diaplikasikan dengan muzik.
¨Perlu merangkumi nyanyian, tarian, pendengaran dan permainan alat muzik.
PoTeNSi kanak-KAnak terhadap muzik daN pergeRakan.
¨Akan menggerakkan badan, bertepuk tangan, membengkokkan lutut, memusingkan lengan dan badan serta mengganggukkan kepala.
¨Sangat aktif dan suka kepada muzik yang rancak.
¨Mampu menyanyikan beberapa patah perkataan.
¨Mula berminat untuk bermain perkusi sambil menyanyi.
¨Membantu meningkatkan perkembangan motor kanak- kanak melalui pergerakan.
* Rujukan nota Kaq 1063 Muzik dan pergerakan kreatif sem 4 pakk.
No comments:
Post a Comment