Cute Onion Club - Onion Head

Followers

Friday, 29 June 2012


p/s : 
Ibu bapa : Didiklah anak-anakmu mengenali ilmu agama dgn benar  bukan ilmu duniawi shj...perlu seimbang. By the way, sblm dlm kandungn lagi dh dedahkan anak-anak mengenai ilmu agama. 

Guru @ bakal guru esp me : jdlah guru y btl2 guru bkn guru y  mengajar demi wang atau kebanggaan shj. AMANAH itu penting!

tERIMA KAsih~

Sumber rujukan : facebook Dunia macam-macam

Petua Untuk Meredakan Batuk Kanak-Kanak

Ambil beberapa helai pucuk ubi, sedikit kapur dan beberapa titik air. Gosok di tapak tangan sehingga keluar cecair berwarna hijau. Kemudian sapukan cecair tersebut pada leher dan dada kanak-kanak.





p/s: Selamat mencuba

Sumber rujukan:   facebook ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Thursday, 28 June 2012

Link Jurnal atau artikel yang berkaitan dengan Sastera Kanak-kanak





http://www.scribd.com/doc/38164761/KESUSASTERAAN-KANAK
(KESUSUTERAAN KANAK-KANAK)

http://www.thetrendsetter.org/articles/sasterakanak2.pdf
(SASTERA KANAK-KANAK: MENUNTUT PEMGALAMAN DAN PENGETAHUAN PSIKOLOGI KANK-KANAK)

http://books.google.com.my/books?id=Sn-d4CmCoc4C&pg=PA9&dq=sastera+awal+kanak-kanak&hl#v=onepage&q=sastera%20awal%20kanak-kanak&f=false
(Perkembangan sastera kanak-kanak di Malaysia: buku Melayu mencari nafas baru)

http://www.scribd.com/doc/55873231/Ciri-ciri-Buku-Bacaan-Bahasa-Melayu-yang-Sesuai-untuk-Kanak-kanak-di-Malaysia
(CIRI-CIRI  BUKU BACAAN BAHASA MELAYU YANG SESUAI UNTUK KANAK-KANAK DI MALAYSIA)

http://anfaituazizah.blogspot.com/2012/03/jurnal-pendidikan-bahasa-dan-sastra.html
(STRATEGI DALAM PEMBELAJARAN DALAM PROSES MEMBACA DAN MENULIS PERMULAAN)


http://www.usm.my/index.php/ms/kenali-usm/arkib-berita/67-papercutting-/8126-sastera-bawa-manfaat.html
(SASTERA MEMBAWA MANFAAT)


http://www.ukm.my/jpbm/pdf/1-16_Artikel%201_Sharifa_Nor_dan_Aliza.pdf
( PENDEKATAN BERMAIN DALAM PEMBELAJARAN BAHASA DAN LITERASI BAGI PENDIDIKAN PRASEKOLAH)



http://www.scribd.com/doc/55873194/APRESIASI-SASTERA-DALAM-PENDIDIKAN-PRASEKOLAH
( APRESIASI SASTERA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH)

http://www.scribd.com/doc/55873531/PENGGUNAAN-BUKU-CERITA-BERTAHAP-DAN-KESANNYA-TERHADAP-PEMUNCULAN-LITERASI-KANAK-KANAK
( PENGGUNAAN BUKU CERITA BERTAHAP DAN BERKESANNYA TERHADAP PEMUNCULAN LITERASI KANAK-KANAK)

http://www.ukm.my/solls09/Proceeding/PDF/nurhasma,%20kartina%20et%20al.pdf
( FUNGSI CERITA BINTANG DALAM SASTERA KANAK-KANAK MELAYU-ARAB)

p/s : Anda dialu-alukan untuk mencopy link ini untuk membaca or rujukan assigmnt...TQ

Wednesday, 27 June 2012

Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan kanak-kanak

              APA ITU ABP?

 ABP ialah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid.
Melalui ABP dlm P&P,  
murid dapat :

žKecekapan berbahasa dan berkomunikasi
žKemahiran berfikir
žBerakhlak mulia dan beretika
žBerkeyakinan dan berdisiplin
žSihat dan cergas dan
žimaginatif, kreatif dan ekspresif.

PRINSIP2  ABP
1.  Perkembangan Domain Kognitif, Afektif & psikomotor saling berkaitan & mempengaruhi antara satu sama Lain .
             Kanak-kanak berkembang dalam domain fizikal, sosial, emosi & kognitif yang saling berkaitan antara satu sama lain. Perkembangan salah satu domain akan mempengaruhi perkembangan dalam domain yg lain.

2.  Perkembangan Berlaku Mengikut Urutan
           Perkembangan kanak-kanak  berlaku mengikut urutan dengan        diikuti oleh kemahiran, pengetahuan & kebolehan yg dipupuk kemudiannya.

3. Kadar Perkembangan kanak-kanak Berbeza
       Kanak-kanak adalah unik & antara satu sama lain dari segi minat, keperluan, kekuatan, personaliti, emosi, gaya pembelajaran, pengalaman & latarbelakang keluarga .

4. Perkembangan Adalah Berterusan
      Pengalaman di peringkat awal k2 akan memberi kesan kepada perkembangan & pengalaman pembelajaran mereka

  5. Perkembangan Adalah Berperingkat2 
      Perkembangan kanak-kanak  berlaku dalam konteks sosio-   budaya mengikut arah yg lebih kompleks.

6. Perkembangan Dipengaruhi Oleh Faktor Baka & Persekitaran
          Iaitu berlaku dalam konteks sosio-budaya keluarga yg berbeza, komuniti & masyarakat setempat yg saling berkaitan antara satu sama lain.

7. Kanak-kanak  Adalah Pelajar Aktif
  K2 adalah pelajar yg aktif & memahami persekitaran dunia     mereka daripada pengalaman di rumah, tadika & dalam komuniti.

8. Konsep Main Penting Kepada Perkembangan kanak-knak
          Konsep main sambil belajar adalah penting sebagai alat utk meningkatkan perkembangan sosial, emosi, rohani & kognitif seseorang k2.

9. Proses Perkembangan Meningkat Melalui Aktiviti Yg Mencabar
          Proses perkembangan k2 akan menjadi lebih cepat apabila mereka diberi peluang utk melatih kemahiran2 baru @ menjalankan aktiviti yg lebih mencabar

Jadilah benih yang bernas, Seribu tahun dijemur panas,Digetas binatang buas tetap tumbuh mencetus tnuas”

Sumber rujukan : nota kuliah Pn.Zaleha Abd. Latif



Petua Untuk Otak Hebat


 
1. Dalam badan kita ada satu ciptaan di mana ianya amat hebat sehinggakan mampu menguasai dunia keseluruhannya. Di sinilah terdapatnya segala ilmu, tidak kira yang baik atau tidak. Allah s.w.t. telah ciptakannya untuk kita menerima maklumat,menyimpan dan mengeluarkannya semula serta digunakan untuk membezakan perkara yang baik dan tidak baik. Inilah yang dikatakan sebagai otak. Otak adalah satu ciptaan Allah yang amat hebat buat manusia,wajib kita mengucapkan syukur. Otak dicipta untuk kita memikirkan kebesaran Allah, ini adalah yang utama.Otak bukan gunanya untuk merosakkan apa jua akan tetapi otak amat berguna untuk kita merasakan kebesaran Allah dan menyimpan ilmu Allah didalamnya.

2. Otak yang baik akan lahir dari manusia yang baik,pemakanan yang baik serta cara fikir yang baik. Bukan mudah sebenarnya untuk kita menjaga otak kurniaan yang Maha Esa ini. Perkara pertama yang kita perlu ambil berat adalah bimbinglah otak kita dengan akidah yang benar iaitu mengesakan Allah setiap saat.

3. Seterusnya kita perlu memastikan oksigen cukup untuk otak kita,apakah tanda orang yang tak cukup oksigen? Salah satunya ialah kerap sakit kepala, cepat stress dan macam-macam lagi. Salah satu cara untuk pastikan otak kita cukup oksigen ialah dengan menjaga solat kerana pergerakan sujud itu membekalkan oksigen yang banyak kepada otak. Selain itu, amalkan minum air kosong 8 gelas sehari. Air merupakan pembekal oksigen yang amat baik kepada otak kita.

4. Amalkan zikir, selawat dan bacaan Al-Quran kerana dengan zikir, otak kita akan memberikan reaksi yang amat baik. Secara rohani dan fizikalnya zikir amat memberikan kesan yang positif.


Jom dengar ni...



http://youtu.be/YtuOraqBEn4




Sumber : http://www.facebook.com/ePetua

MERAWAT BAYI DEMAM


1. Mengurangkan panas badan dengan air asam jawa.

Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Setelah pekat, sapukan air ramasan asam jawa tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan sehingga lumuran tadi kering di kepala. Anda akan dapati panas badan bayi anda akan berkurangan. Buat beberapa kali dalam sehari.

2.Mengurangkan panas badan dengan beras pulut.

Ambil segengam beras pulut dan di goreng tanpa minyak seperti anda membuat kerisik. Goreng sehingga beras pulut berwarna kekuningan. Setelah itu, ambil sedikit beras pulut yang telah digoreng dan dicampurkan dengan secawan air panas. Tunggu air tadi suam dan tapis. Bolehlah beri bayi anda minum air tersebut. Lebihan beras tadi boleh dibuat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas


SUMBER RUJUKAN  : FACEBOOK  ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

KESIHATAN KANAK-KANAK









2 -5% kanak-kanak boleh menghidap sawan deman dan lazimnya ini adalah sawan yang biasa.

• Sawan demam biasanya berlaku pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun dan khususnya anak kecil yang baru bertatih (toddler). 
• Lebih kurang 1 daripada 25 kanak-kanak akan mengalami sawan demam sekurang-kurangnya sekali. 
• Sawan demam jarang terjadi kepada kanak-kanak yang berumur < 6 bulan atau melebihi umur 3 tahun. 
• Jika sawan demam ini berlaku di kalangan kanak-kanak yang lebih tua, risiko untuk mendapat sawan demam yang berulang-ulang adalah lebih rendah. 


Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas dikalangan bayi atau kanak-kanak kecil yang normal. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas mengecualikan sebab-sebab lain selain dari demam sahaja.

Tanda-Tanda dan Gejala
• Anak akan tidak sedar diri dan menyentak kedua-dua kaki dan tangan. 
• Kadang-kadang anak mungkin boleh menjadi kejang atau menyentak satu atau lebih bahagian badan, seperti satu tangan atau satu kaki. Kekejangan boleh berlaku pada satu bahagian badan sahaja. 
• Sawan demam jarang melebihi satu atau dua minit. Dalam kes dimana sawan melebihi 5 minit, kanak-kanak tersebut perlu di bawa ke klinik berdekatan. 
• Semasa sawan, kanak-kanak mungkin tercedera (akibat jatuh) atau mungkin tercekik makanan/air liur di dalam mulut. 
• Kebanyakan kanak-kanak dengan sawan demam mengalami suhu badan tinggi melebihi 38.5C 
• Kanak-kanak dengan sawan demam tidak semestinya mendapat epilepsi (epilepsi atau "sawan babi" adalah kejadian sawan yang berulang-ulang dan tidak dicetuskan oleh demam). 
• Kebanyakan sawan demam berlaku pada hari pertama kanak-kanak demam 

Faktor-Faktor Risiko 
Usia muda (kurang daripada 15 bulan) semasa serangan sawan yang pertama. 
• Sawan terjadi sejurus selepas demam bermula atau bila suhu badan adalah normal. 
• Sejarah sawan demam di kalangan ahli keluarga terdekat (ibubapa dan adik-beradik) 
• Sejarah penyakit epilepsi (sawan babi) di kalangan ahli keluarga terdekat. 
Sawan demam yang berlarutan (melebihi 30 minit) tidak meningkatkan risiko sawan demam berulang.
Kesan Jangkamasa Panjang 
• Majoriti besar sawan demam adalah tidak membahayakan. 
• Tidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa sawan demam boleh menyebabkan kerosakan otak. 

Ada kajian mendapati kanak-kanak dengan sawan demam memperolehi pencapaian yang normal di sekolah dan dapat menjalani ujian kecerdasan dengan baik seperti adik-beradik lain (yang tidak mengalami sawan demam).

Terdapat juga kes yang jarang berlaku - iaitu sawan yang sangat lama (lebih dari satu jam) - didapati kanak-kanak tersebut juga pulih sepenuhnya. Kira-kira 3% daripada kanak-kanak mengalami sawan demam akan mendapat epilepsi. 

Ini termasuk kanak-kanak dengan:

• Sawan demam yang panjang, melibatkan satu bahagian badan sahaja atau berulang dalam masa 24 jam. 
• Perkembangan yang lambat. 
• Ahli keluarga lain yang mengidap epilepsi. 

Kanak-kanak tanpa sebarang risiko hanya mempunyai 1% peluang untuk mendapat epilepsi selepas sawan demam (risiko yang sama seperti orang lain).

Rawatan
Mengambil langkah-langkah kecemasan.

Mengawal Sawan 
• Majoriti kanak-kanak tidak memerlukan ubatan. 
• Jika sawan berpanjangan melebihi 5 minit, ubat diazepam (Valium) melalui dubur perlu diberi.

Kemasukan ke Hospital
Tidak semua kanak-kanak dengan sawan demam perlu di masukkan ke hospital. Walaubagaimanapun, kemasukkan ke hospital mungkin perlu jika: 

• Takut sawan akan berulang 
• Untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit. 
• Untuk mencari dan merawat penyebab demam selain jangkitan otak. 
• Untuk mengurangkan kebimbangan ibubapa. 

Ujian makmal tidak diperlukan untuk mendiagnosakan sawan demam. Walaubagaimanapun, doktor mungkin membuat beberapa ujian untuk mencari penyebab demam dan apabila dijangka ada jangkitan di otak, tebukan spinal (lumbar puncture) mungkin perlu dijalankan. 

Mencegah Demam Sawan

• Beri ubat-ubatan seperti paracetamol atau ibuprofen untuk menurunkan demam
• Mandi berjelum seluruh badan dengan air paip (bukan air sejuk). 
• Beri anak anda minuman sejuk. Ini akan membantu menurunkan suhu badan dan mengekalkan hidrasi. 
Pencegahan Sawan dari Berulang
• Majoriti kanak-kanak tidak perlu ubatan untuk mengelakkan sawan. 
• Memberi ubat mengelakkan sawan (seperti Phenobarbital atau valproate) tidak digalakkan kerana tiada bukti ubatan ini boleh menghalang sawan demam dan pemberian ubatan ini boleh mendatangkan kesan-kesan sampingan.


Sumber : facebook ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Monday, 25 June 2012

Eksperimen saians untuk kanak-kanak

SCIENCE PROJECT - SINK AND FLOAT




"BOUNCY EGG"




PERBEZAAN 2 BIJI TELUR



Aktiviti sains dan kanak-kanak


Preschool Science Lesson Plans and
Activities at Science Center

In the past time, I struggled a lot when I am planning a preschool science lesson plans. I am afraid of science because I think it is complicated experiments. But by the time when I am thinking further, preschool science is just the real world and everyday experiences. Science is the water boiling, science is raindrop falling, and even children grow taller is a science!
Through science children learn many skills such as : explore, observe, experiment, predict outcomes and learn how to solve the problem.Children must learn from real experiences and concrete objects. In planning your preschool science lesson plans you must emphasis on these skills :asking questions, making research, communicating with others, predict outcomes, classifying and observing. These skills are very important for children’s future.
You can do your preschool science activities in the classroom, at every area of your classroom, in the art center, while mixing colors, in math center while measuring their height, and even in science center itself. You can do your science activity outside the classroom, at the playground or at the school neighborhood.
Provide some materials to attract children’s attention in the science center :
  • Magnifying glass
  • Magnets
  • Kaleidoscope
  • Feathers
  • Thermometer
  • Leaves
  • Stone
  • Rock

Preschool science activities :

Observing Apple. Discuss the size, color and shape of an apple. Cut the apple in half, observe part of an apple, skin, meat, seed, core etc. Cut the apple in section, ask children to taste it. Some apple can be sweet or sour. Smell the apple, how does it smell?
Oxidation of an Apple. Cut apple into section. Dip some section of apple into lemon juice and put it on a plate. Put remaining section of apple on another plate. Observe what happens to each plate of apple.
Teacher hint : Talk to the children the effect of lemon juice coating, which keeps oxygen from the apple that they do not change color rapidly.
Tasting Center
  • Vegetable. Cut small piece of vegetables, raw and cooked. Encourage children to taste and compare different vegetables. Ask children compare them to same vegetable cooked.


  • Diary Product. Provide many types of milk product : cow milk, goat milk, skimmed milk, cottage cheese, sour cream, cream, yoghurt, butter, cheese, and buttermilk. Encourage children to taste and smell. Let children compare the color and the texture.


  • Eggs. Prepare poached, scrambled, hard-boiled, fried, deviled, and raw egg. Ask children to observe the eggshell, part of the egg, the white and the egg yolk. Let children taste and compare.


  • Observing Corn. Provide the children with several types of corn. Bring kernel of corn, corn with the cob, unpopped and popped popcorn, cooked and raw corn, dried and fresh corn. Ask children to observe the corn, the color and the taste cooked corn.
Colored Celery Stalk. Prepare 2 plastic cups, half fill with water. Add few drops food coloring : red in one cup and blue in the others. Cut up the middle of leafy celery stalk. Put half of the celery stalk on the blue cup and the other half in red cup. Put the celery stalk in the cup at warm, light place. Look at the celery after an hour. What has happened to the stalk? Leave your experiment for a night and then look at it again. What do the leaves look like now? It will show how water travels through the stalk and into its leaves.
Teacher hint : Why the celery change color? As the celery leaves transpire, water is pulled up the stalk and into the leaves, through narrow canals called xylem vessels. Because each vessel leads to a different part of the plant, half the leaves turn blue and half the leaves turn red.
Feather Observation. Observe various types of feathers. Duck, chicken and/or turkey feather. Use magnifying glass. Discuss their purposes, such as keeping animal warm. Put the feather in the water to see if they float. Talk to the children why they float.
Teacher hint : Why feather help duck float? Ducks feathers are covered in oil which their glands produce. This oil making them waterproof and prevents the feathers from getting soaked.
Plant Pumpkin Seed. Provide small paper cups for every children. Place the soil in the paper cup. Put the pumpkin seed on the soil. Place the cups in the sun and water it everyday. Observe daily to watch the sprout grow.
Sink the Orange. Float an orange in a bowl of water and challenge a student to make it sink. Now peel the orange. Put it back in the water and watch what happen.
Teacher hint : Why the orange sinks. Orange skin is full of trapped air bubbles. This makes the orange light for its size, so it floats. Without its skin and the air bubbles inside it, the orange weighs a lot for its size. The peeled orange is denser than water, so it sinks.


p/s : klu x faham search google tanslate yerrr @ tanya org yang pro bi...tq