2. Otak yang baik akan lahir dari manusia yang baik,pemakanan yang baik serta cara fikir yang baik. Bukan mudah sebenarnya untuk kita menjaga otak kurniaan yang Maha Esa ini. Perkara pertama yang kita perlu ambil berat adalah bimbinglah otak kita dengan akidah yang benar iaitu mengesakan Allah setiap saat.
3. Seterusnya kita perlu memastikan oksigen cukup untuk otak kita,apakah tanda orang yang tak cukup oksigen? Salah satunya ialah kerap sakit kepala, cepat stress dan macam-macam lagi. Salah satu cara untuk pastikan otak kita cukup oksigen ialah dengan menjaga solat kerana pergerakan sujud itu membekalkan oksigen yang banyak kepada otak. Selain itu, amalkan minum air kosong 8 gelas sehari. Air merupakan pembekal oksigen yang amat baik kepada otak kita.
4. Amalkan zikir, selawat dan bacaan Al-Quran kerana dengan zikir, otak kita akan memberikan reaksi yang amat baik. Secara rohani dan fizikalnya zikir amat memberikan kesan yang positif.
Jom dengar ni...
Sumber : http://www.facebook.com/ePetua
No comments:
Post a Comment