Cute Onion Club - Onion Head

Followers

Sunday, 16 September 2012

PenGelasan Untuk PraseKolah





PENGELASAN
Pengelasan bermaksud meletakkan benda berasaskan ciri-ciri  yang sama, seperti sama bentuk ataupun warna. Ia adalah salah satu proses penting bagi membentuk konsep nombor. Ketika mengelaskan kanak-kanak perlu ada kebolehan memerhati benda yang  ada kesamaan dan perbezaan. Kemajuan untuk mengembangkan konsep pengkelasan perlu melalui beberapa  proses :
1.    Memilih dan membanding.
2.    Mengumpul.
3.    Memilih  semula.
4.    Mengasingkan kumpulan.
5.    Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau berdasarkan konsep negatif.
Sebelum kanak-kanak boleh mengelaskan mereka ada konsep awal seperti kepunyaan, pasangan, serupa dan kepunyaan bersama.  Konsep ini, akan  membantu kanak-kanak melabel identity,  kegunaan dan kedudukan. Bagi memenuhi konsep ini, kemahiran lisan adalah salah satu kemahiran yang perlu ada. Peranan guru hendaklah memberi khusus bagi aktiviti pengelasan.  Hasil pembelajaran pengelasan boleh dilakukan seperti berikut:-
1.    Kelaskan objek mengikut:
a.    Mengikut warna ( merah, kuning, biru, putih, hitam dan warna lain-lain)
b.    Saiz ( besar, kecil, panjang-pendek)
c.    Bentuk ( bulat, sfera, bujur, segi empat, segi tiga, segi empat tepat)
d.    Jenis/kumpulan ( makanan, kenderaan, bunga, rumah, haiwan)
e.    Fungsi/ kegunaan( alatan dalam rumah, alatan di  sekolah, kenderaan). Charlesworth dan Lind (1999) mengelaskan mengikut kategori berikut:
·         Bahan ( kaca, kayu, plastik, kertas, kain, logam)
·         Tekstur ( keras, lembut,licin, basah)
·         Corak ( berjalur, bintik-bintik, berbunga, kotak-kotak atau polka dot)
·         Perkaitan ( benda yang berkaitan fungsi seperti susu dan gelas, kasut dengan kaki)
·         Nombor/bilangan – semua dalam kumpulan mengikut jumlah spesifik ( 6 roda. ada sepasang kasut, 2 kaki dan sebagainya).
2.    Mengelaskan objek mengikut bau.
3.    Mengelaskan objek mengikut tekstur.
4.    Mengelaskan objek mengikut bunyi.
5.    Mengelaskan objek mengikut kesamaan ( kumpulan jenis)

 IDEA DAN AKTIVITI PENGAJARAN PENGELASAN
1.    Mengasingkan dan kelaskan bahan-bahan di rumah atau di kelas mengikut kategori bahan:
·         Tekstur
·         Saiz
·         Bentuk
2.     Mengasingkan dan mengelaskan butang mainan mengikut ciri:
·         Warna
·         Bilangan lubang butang
·         Bentuk
3.    Kelaskan jenis-jenis kertas:
·         Tekstur – kasar, licin, keras dan lembut.
4.    Kelaskan kumpulan haiwan- kumpulkan jenis-jenis haiwan ( gambar atau , model) mengikut :
·         Tempat tinggal
·         Jenis makanan yang dimakan
·         Cara mereka bergerak.
·         Bilangan kakinya.
5.    Kelaskan kanak-kanak dan guru – minta kanak-kanak berfikir bagaimana pengkelasan boleh dilakukan. Sekiranya tiada respon daripada kanak-kanak guru berikan panduan seperti berikut:
·         Jantina
·         Warna pakaian
·         Pakaian cermin mata atau tidak
·         Jenis rambut kerinting atau lurus
·         Tinggi atau rendah


LAMAN WEB PERMAINAN PEMBELAJARAN GRAF DAN UKURAN



Measuring Length & Weight - Math Games









 


Which is the Heaviest? - Free Games Online



Learn about frequency tables with this free online game for kids













Pembelajaran Graf untuk kanak-kanak


Definisi Graf

Sebuah graf membentangkan maklumat berangka visual. Graf datang dalam pelbagai bentuk: objek sebenar, gambar, bar, pai atau bulatan, dan garisan. Sebuah graf mempunyai tajuk dan nama-nama (label) untuk setiap bahagian. Menggunakan graf, kanak-kanak dapat melihat dan membandingkan persamaan, perbezaan nota, membuat pertimbangan, membincangkan keutamaan, dan mengira dan berkomunikasi keputusan. Mereka menganjurkan atau mengelaskan data, mengukur, dan labelkan graf. Mentafsirkan graf menggunakan kebolehan yang berbeza daripada yang diperlukan untuk membina graf.

  Topik Pembelajaran Graf

·             Diri kanak-kanak sendiri
- Warna rambut ( hitam, perang )
- Buah-buahan ( pisang, epal, oren, mangga)
- Aiskrim ( vanilla, coklat, strawberri )
- Pengangkutan ke sekolah ( bas, basikal, kereta, jalan kaki)
·         Di sekolah
- Pilihan kelas ( matematik, membaca, seni, sains, muzik, gymnasium )
- Bilangan kanak-kanak yang hadir
- Bilangan murid dalam setiap gred
- Butang ( warna, 2 lubang/ 4 lubang/ tiada lubang )
- Penutup botol ( saiz, warna )
·         Sains
- Cuaca ( mendung, berawan, berangin, hujan, bersalji )
- Bilangan biji ( epal, oren, anggur, pelbagai jenis labu )

 Soalan mengenai Graf

Selepas graf dibuat, guru menunjukkan jenis soalan yang kanak-kanak boleh menjawab dengan menggunakan graf. Apabila kanak-kanak menjadi biasa dengan aktiviti, mereka boleh membina soalan untuk kanak-kanak lain. Membaca graf menggunakan dua jenis soalan perbandingan dan soalan pengiraan.
·         Kumpulan mana yang mempunyai bilangan yang banyak?
·         Kumpulan mana yang mempunyai bilangan yang sedikit?
·         Kumpulan manakah yang terbesar? terkecil?
·         Adakah terdapat mana-mana kumpulan yang sama?
·         Berapa banyak __________ yang ada?
·         Berapa banyak lagi __________ di sana daripada __________?
·         Berapa banyak kurang __________ di sana daripada _________?
·         Berapa ramai yang ada jika kita meletakkan _________ dan ___________ bersama?
Perkataan “kumpulan” mewakili nama kategori yang dibincangkan. Menggantikan objek yang sebenar. Contohnya, dalam kajian kehadiran kelas, “baris manakah yang mempunyai ramai kanak-kanak, baris lelaki atau baris perempuan?”.

Contoh  Aktiviti Pembelajaran Graf
·         Kehadiran
Boys



Girls

         

    Cuaca


Hujan
Ribut
Mendung
Panas











·         


SAINS PRASEKOLAH




Bagi peringkat prasekolah, sains adalah cara kanak-kanak menerangkan dunianya. Sains bagi kanak-kanak adalah ramalan 
( saya fikir), pemerhatian ( saya lihat), dan kesimpulan( saya tahu atau pelajari). Kanak-kanak bljr dengan melakukan aktiviti dan berfikir berhubung dgn aktiviti y dilakukan, hand on dan mind on. Mereka perlu melakukan aktiviti supaya dpt melihat sendiri kesan dan akibat drpd manipulasi y dilakukan dalam pelbagai keadaan. Mereka perlu berbincang dgn guru dan rakan2 berhubung pemerhatian dan penemuan pengetahuan drpd aktiviti yang dilakukan.

Pengalaman awl kanak-kanak dlm sn adalah lbh kepada penerokaan dan peluang berinteraksi dgn objek2 y terdapat di sekelilingnya. Peluang pbelajaran diperoleh melalui pemerhatian kanak-kanak ke ats objek dan fanomena y terdapat di persekitaran , bukan melalui pengajaran konsep2 sn. 

Pembelajaran sn seharusnya berlaku sejajar dgn perkembangan kanak-kanak y lbh suka bertanya, menyentuh dan melakukan aktiviti dan pergerakan. Aktiviti2 y dilakukan sama ada menyentuh, memicit, menarik, rasa hidu, merengang dan sebagainya melibatkan penglibatan aktif kanak-kanak dan menjadikan pemgalaman pembelajaran lbh konkrit. Pengalaman pmbelajaran y relevan dan berkaitan dgn kehidupan kanak-kanak( Riley & Savage, 1994) bkn shj menentukan pmbelajarn itu bermakna malah sukaar dilupakan. Kanak-kanak belajar dgn baik apabila mereka :

  • Berminat dgn aktiviti y dilakukan
  • Mendapat sokongan dan galakan drpd guru ataupun orang dewasa.
  •  Terlibat dlm aktiviti hand on
  • Aktiviti2 yang dapat dikaitkan dgn pengetahuan sedia ada mereka.
Setiap pengalaman pembelajaran yang terdapat di prasekolah memberi ruang dan peluang kepada guru sn mengajar. Sn boleh diajar ketika kanak-kanak bermain di padang permainan apabila gur menunjukkan cacing dan habitatnya, rumput rampai yang pelbagai jenis dan bentuk, rama2 yang berterbangan dan bunga-bungaan yang berwarna-warni. Sn diajar apabila kanak-kanak diajak bersenam dan guru mengajarkan fungsi sendi dan otot yang diperlukan dalam pergerakan badan. Pembelajaran sn juga berlaku semasa kanak-kanak disajikan makanan pd waktu yang baik bagi menerangkan kesihatan, ataupun membandingkan pelbagai jenis biskut, ataupun menerangkan kepentingan air. Aktiviti dgn blok binaan mengajar kanak-kanak berhubung dgn graviti, keseimbangan dan berat, serta pengalamn cuba-jaya, pemikiran induktif dan penemuan.

rujukan : Buku Pendidikan Sains Prasekolah