SERIASI
Seriasi atau urutan bermakna menyusun set objek mengikut
arah atau susunan atau gaambaran tertentu misalnya daripada yang terkecil
kepada yang terbesar. Ia melibatkan
perbandingan dan lebih daripada dua objek atau set dan disusun daripada pertama
hingga akhir. ( Charlesworth, 1978). Misalnya, mereka dapat menyusun pensel
daripada yang terpendek kepada yang terpanjang atau mengikut warna pensel
daripada yang cerah ke tergelap. Kalau kemahiran seriasi menggunakan tingkah
laku secara fizikal, inferensi transitif pula ialah kemahiran penyusunan ini
secara mental. Contohnya, kalau A wujud sebelum B, B sebelum C dan D selepas,
jadi susunanadalah ABCD. Kanak-kanak hanya menguasai kemahiran inferensi
transitif pada peringkat sekolah rendah atau peringkat operasi konkrit.
Kebolehan
menyusun dan membuat seriasi adalah mengikut perkembangan konservasi daan
pengelasan. Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun belum mempunyai kebolehan dalam
aktiviti formal bagi mengenal pasti perkaitan antara sama, lebih dan kurang.
Tetapi bagi kanak-kanak prasekolah konsep ini boleh dikuasai sekiranya mereka
sudah faham lebih, kurang mula dan akhir. Aktiviti seriasi sama prosedur dengan
pengelasan dan perbandingan. Kanak-kanak pada peringkat praoperasi belum
memahami konsep konservasi( pengekalan) ciri-ciri bahan seperti nombor, ruang,
isi padu dan berat yang sama tidak berubah kandungannya walaupun berlainan
bentuk dan saiz. Pemikiran egosentrik mengehadkan kebolehan kanak-kanak
melakukan konservasi, iaitu pengetahuan bahawa bilangan atau isi padu objek
kekal walaupun berubah bentuk ( seperti bentuk bekas berubah ataupun objek
digerakkan menjadi lebih jauh.
Beberapa bahan dan apparatus yang biasa digunakan dalam
pengajaran seriasi adalah seperti silinder seriasi ‘ tombol silinder’, blok
bunyi, dan menara merah jambu ( pink tower)’ yang digunakan dalam kaedah Montessori.
‘ Pink tower’ sebagai bahan pembelajaran seriasi dengan konsep
susunan rendah ke tinggi.
Perbendaharaan kata yang boleh dipelajari apabila
kanak-kanak sudah memahami konsep seriasi adalah akhir, pertama, terbesar,
paling laju, selepas atau sebelum. Manakala perbendaharaan kata bagi idea
kedudukan nombor adalah seperti pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya. Kebolehan dalam aktiviti seriasi bergantung pada
pemikiran berbalik atau penyusunan dua arah seperti ke hadapan dan ke belakang.
PADANAN SATU DENGAN SATU
Padanan satu dengan satu adalah kebolehan memadan suatu
objek dengan pasangannya sama ada pasangannya yang sama atau berlainan. Contoh
pasangan yang sama atau berlainan. Contohnya pasangan yang sama ialah sarung tangan dan pasangan yang tidak sama ialah cawan dan piring.
Menurut
Gelman (1978) kanak-kanak tidak akan dapat membilang selagi kemahiran padanan
satu dengan satu tidak dikuasai. Dengan perkataan lain hafalan membilang dan
menyebut nombor secara berturutan adalah suatu perkara tetapi membilang secara
betul iaitu satu nombor satu benda adalah agak sukar.
Kerap kali kita dapati apabila kanak-kanak
diberikan suatu siri bahan untuk dibilang, kebarangkalian untuk mereka dua
nombor bagi suatu item atau dua item untuk disebut satu nombor adalah tinggi.
Kanak-kanak perlu diberikan masa untuk menguasai kebolehan membilang. Apabila
mereka sudah menguasai konsep padanan satu dengan satu kemahiran ini akan diperoleh.
KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN PADANAN SATU DENGAN SATU KURIKULUM PRASEKOLAH
Memadan mengikut :
·
bilangan
pasangan yang cukup.
·
bilangan
pasangan yang tidak cukup.