Cute Onion Club - Onion Head

Followers

Sunday 29 January 2012

PENGUNAAN ICT DALAM PEMBELAJARAN

  Komputer menyediakan peluang pembelajaran yang berkesan kepada murid kerana ianya memberi peluang pengalaman pembelajaran dalam cara dan kadar yang berbeza-beza untuk memenuhi keperluan setiap individu. Murid boleh menggunakan  komputer secara berpasangan untuk menggalakkan mereka sama-sama meneroka dan memperolehi pembelajaran. Di dalam blog ini kami ingin berkongsi beberapa laman web yang boleh membantu pembelajaran kanak-kanak. Diharapkan dengan penggunaan ICT ini dapatlah melahirkan kanak-kanak yang genius dan seterusnya menjadikan suasana pembelajaran yang menyeronokan.



Pendekatan ini digunakan untuk:

  1. Membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
  2. Memperoleh maklumat.
  3. Berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya.
  4. Memperkayakan pengalaman pembelajaran.

Kepentingan Penggunaan ICT

  1. Membantu membentuk persepsi pemikiran murid.
  2. ICT sebahagian daripada hidup masa kini.
  3. Boleh dijadikan bahan bantu mengajar.
  4. Boleh diprogramkan dengan perisian khas.
  5. Dapat merangsang minat murid dan memberi keseronokan.
  6. Dapat merangsang kreativiti dan pemikiran.
  7. Membantu memudahkan murid memahami konsep sebab dan akibat.

Prinsip-prinsip ICT.

  • Kesesuaian umur.
  • Kepentingan
  • Kawalan kanak-kanak.
  • Arahan jelas.
  • Penggunaan berdikari
  • Tanpa keganasan.
  • Berorientasikan proses.
  • Model yang sebenar.
  • Ciri-ciri teknikal.
  • Boleh ditranformasikan
  • Kepelbagaian bahasa.



No comments:

Post a Comment