Cute Onion Club - Onion Head

Followers

Friday 11 May 2012

Surah Bacaan Ketika Mengandung ;


Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“ Bacalah oleh kamu Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Riwayat Muslim)

Antara Cara Pendidikan Semasa Mengandung ;

■ Mengamalkan solat wajib dan sunat

■ Mengamalkan zikir

■ Membaca al-Quran

■ Mendengar muzik yang tenang

■ Membaca buku-buku ilmiah

■ Berbual dengan anak dalam kandungan

■ Menjaga adab dan emosi

■ Tidak tertekan atau stress

■ Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan

■ Memakan makanan yang baik di segi zahiriah dan batiniah (halal)

■ Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya

■ Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar


IMPAK DARIPADA SIKAP IBU BAPA KETIKA IBU MENGANDUNG TERHADAP BAYI SETELAH LAHIR ;

Negatif
Ibu bapa sering bergaduh => Anak menjadi ganas dan panas baran

Positif
Ibu bapa sering bersedekah => Hati anak lembut

Negatif
Ibu mengidam benda pelik => Petanda tidak baik terhadap sikap anak

Positif
Ibu tidak meninggalkan solat => Anak mudah mendapat hidayah

Negatif
Ibu bermain kayu tiga => Anak menjadi penderhaka dan gemar maksiat

Positif
Ibu sering membaca al-Quran => Dapat anak yang bijak

Positif
Ibu mengawal emosi => Anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan.


*sumber facebook

Tuesday 8 May 2012

KERANA DIA SEORANG IBU..

Aslmualaikm smua...n slmt ceria.. Kami nk kongsi cerita dgn anda semua. Story ni amat myntuh perasaan n membuatkn kami semua menitis air mata..hahahahaha..jom bace


“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.Masa terus berlalu…Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.Setahun berlalu…“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”“Bila?” tanya si anak.“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”Si anak kaku..
P/s: Begitulah pengorbanan seorang ibu. Biarpun kisah kita tidak seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. Masa korang kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si ibu cari nyamuk tu. Punyalah marah. Selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu akan perhatikan korang. Jadi hargailah ibu kita. Lakukanlah apa sahaja untuknya selagi ada masa.


Sumber rujukan Jom Berdakwah Di FB

KANAK-KANAK ?


:: Belajarlah untuk memahami erti hidup seorang muslim ::
KANAK-KANAK [Tafakkur: Siri 04]

Seorang anak kecil nampaknya sedang resah memikirkan bagaimana caranya untuk melembutkan hati ibunya. Matlamatnya pada hari ini adalah supaya dapat dia bermain komputer. Sejak di sekolah tadi dia memikirkannya.

Balik dari sekolah dia dengan tanpa disuruh terus menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu sambil sengaja memposisikan dirinya di depan ibunya yang sedang membaca majalah. Sang ibu sepertinya telah memahami isyarat body language anaknya itu.

“Argghh penatnya, siap pun kerja sekolah hari ini” Keluh anak kecil sambil dikuatkan suaranya.

Lantas dia mencari mana ibunya. Anak kecil mendekati ibunya yang kini berada di dapur sedang menguli tepung untuk dibuat kuih. Berat pula mulut anak kecil ini untuk meminta izin pada ibunya.

“Aku nak main komputer !” monolog anak kecil itu sendirian.

Setelah hampir sejam. Dari dapur pergi ke ruang tamu. Dari ruang tamu pergi ke laman luar rumah menemani ibunya menyapu lantai. Akhirnya dia sudah tidak tahan mendiamkan diri.

“Ibu, saya nak main komputer boleh?” Ucap sang anak perlahan dan sopan.

Ibu menoleh pada anaknya.

“Sejam je ibu bagi. Masuk asar tutup!” Kata ibu dengan tegas namun suatu kelegaan buat anak kecil itu.

“Ok, terima kasih ye ibu” Terukir senyuman lebar pada wajah anak kecil itu.

Kata ibu dalam hatinya,

“Wahai anak sebentar lagi apabila engkau telah jemu pasti engkau akan tinggalkan permainan itu. Ibu harap suatu hari nanti engkau akan faham dan sedar bahawa nafsu dan keinginanmu itu hanyalah sementara. Ibu sangat berharap engkaulah raja yang menguasai jasadmu bukan nafsumu”

…………………………………………………………

Kisah di atas ini mungkin persis kisah kita semua semasa di alam kanak-kanak. Hari ini segala urusan hidup kita adalah atas penilaian kita sendiri. Mana yang baik dan mana yang buruk kita sendiri yang memilihnya.

Dalam hidup ini, nafsu dan keinginan yang buta tanpa dorongan iman dan akal telah menjadikan sifat seseorang itu seperti kanak-kanak.

Sebagai seorang muslim, kita semua berada dalam kawalan dan batasan yang telah ditetapkan oleh Islam. Bercouple itu haram, solat berjemaah itu suatu yang dituntut, belajar menuntut ilmu itu wajib, berhibur dan bersukan itu harus selagimana tidak bercampur dengan sesuatu yang melanggar batasan syara’.

Jika kita tidak memahami, pasti kita akan marah apabila ada orang yang menegur sesuatu kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan, sama seperti kanak-kanak yang menangis kerana tidak dibelikan mainan. Mungkin kerana degil atau mungkin kerana tidak faham.

Islam datang adalah sebagai penyelamat kepada sekalian manusia. Mengeluarkan manusia daripada penghambaan tunduk pada nafsu dan sesama manusia kepada hanya menyembah Allah. Mengeluarkan manusia daripada gelap dan kesesatan kepada cahaya yang terang dan tenang.

Islam datang bukan untuk mengongkong segala gerak hidup kita tetapi adalah untuk menuntun kita dari dunia hinggalah kita masuk ke syurga.

Belajarlah untuk memahami erti hidup seorang muslim!

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari permainan dan senda gurau belaka. Dan sungguh negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?”

(Surah Al-An’am : Ayat 32)