Cute Onion Club - Onion Head

Followers

Thursday 8 March 2012



Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua pelajar Diploma Upsi...

Study + Doa + Tawakal = Dekan

Do the best!!


Perisian Berbentuk permainan kanak-kanak



 PERISIAN YANG TERBAIK UNTUK KANAK-KANAK


1. Permainan bergerak atau action games seperti Harry Porter dan Herc's Adventure berasaskan watak yang digemari oleh kanak-kanak digunakan bagi menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti komputer.


http://kids.aol.com/games/action-games/





Anime_fighting_jam_wing


2. Permainan arcade seperti permainan pin ball ataupun brick yang dapat meningkatkan kawalan motor iaitu koordinasi mata dengan jari ketika menggunakan joystik, tetikus ataupun papan kekunci.


http://www.freearcadetoday.com/free-arcade-games-for-kids.html
http://webmonitor.fyxm.net/list.php?c=7933





3. Permainan simulasi seperti sim city, sim island, theme hospital, Black and white yang mengambarkan keadaan apabila terjadi sesuatu, misalnya apa akan berlaku sekiranya terdapat terlalu ramai penduduk dalam satu bandar dalam permainan  sim city ataupun kesan buruk daripada kelakuan jahat dalam black and white.


http://www.kids.net.my/detail.php?productid=4129
http://www.gameedukasi.com/tag/simulasi/page/3/







4. Permainan adventure seperti Dr.Brain dan King's Quest yang  melatih kebolehan kanak-kanak membayang dan menyelesaikan sesuatu masalah.


http://www.sharewareconnection.com/merry-motors.htm

Farm_frenzy_2

Snail_bob




5. Permainan puzzle ataupun board seperti permainan kad ataupun catur yang dapat digunakan bagi meningkatkan ingatan kanak-kanak melalui mencari pasangan kad.


http://www.kids.net.my
My Lovely Animals ABC Puzzle



6. Permainan berperanan, RPG atau role play games seperti Baldur's Gate memberi kanak-kanak peluang membayangkan fikiran dan tindak balas orang lain. Permainan ini dapat mengembangkan perpektif dan nilai kanak-kanak dengan membezakan antara pandangan sendiri dengan pandangan orang lain dan membezakan sesuatu tingkah laku yang membawa kepada kesan yang baik ataupun jahat.


http://jayers.stu.cofc.edu/types.htm
http://www.junauza.com/2010/05/8-best-mmorpg-games-for-linux.html






7. Permainan strategi, seperti Age of Wonders, Warcraft dapat digunakan untuk meningkatkan kemahiran berfikir, merancang dan membuat keputusan.


http://www.gfxtra.com/games/
http://www.bestonlinekidsgames.com




* Laman web ini anda boleh memuat turunkan permainan ini dengan menggunakan software Orbit http://www.y8.com/tags/Kids.

SEMOGA ANDA ENJOY DENGAN PERMAINAN KANAK-KANAK INI...




Tuesday 6 March 2012

CIRI-CIRI PERISIAN KOMPUTER UNTUK KANAK-KANAK





Ketika memilih perisian komputer, ciri-ciri perisian komputer yang perlu diambil kira ketika memilih perisian untuk kanak-kanak peringkat awal adalah:




1. Kesesuaian umur dengan kemahiran yang diprogramkan dalam perisian komputer.
Perisian yang menyatakan umur kanak-kanak harus disiasat dengan teliti. Pastikan ia mempunyai pelbagai tahap supaya kanak-kanak dapat memilih tahap yang lebih tinggi apabila kemahiran sudah meningkat.


2. Kawalan kanak-kanak.
Programnya menggalakkan kanak-kanak memilih program dan aktiviti yang diminati serta dapat meneroka dengan bebas. Kanak-kanak dapat menamatkan penggunaannya atau menukar aktiviti pada bila-bila masa, tanpa menunggu sehingga satu aktiviti tamat.


3. Terbuka.
Perisian komputer yang baik secara aktif menggalakkan kanak-kanak meneroka. Tujuan permainan menggunakkan komputer sepatutnya belajar melalui proses daripada hasil akhir dan jawapan yang betul. Ia juga membenarkan kanak-kanak kreatif dan dapat menyelesaikan masalah.


4. Rentak ataupun pergerakan 
Perisian yang sesuai memberi pilihan untuk kanak-kanak sama ada pergerakannya laju ataupun perlahan. Kanak-kanak yang lebih muda suka program yang tidak bergerak pentas kerana kemahiran motor mereka masih rendah. Mereka akan takut pada perisian yang bergerak terlalu pantas. Berbeza dengan kanak-kanak di peringkat prasekolah dan sekolah rendah mungkin lebih suka kepada perisian komputer yang bergerak pantas untuk menggelakkan mereka jemu menunggu arahan yang seterusnya.


5. Perwakilan objek konkrit dan menarik.
Perisian komputer yang menggunakan ikon bergambar yang jelas dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Ikon tersebut hendaklah dapat memberi maklumat dan arahan yang senang difahami oleh kanak-kanak dan sesuai dengan peringkat kognitif mereka.  Dengan adanya ikon tersebut, ia membantu kanak-kanak berfikir secara kreatif dan dapat membuat aktiviti secara perseorangan. Ikon dalam perisian komputer juga hendaklah berwarna asas seperti merah,biru, ataupun  hijau dan berbentuk mudah. Pergerakan animasi watak, gambar dan perkataan juga dapat menambah tarikan sesuatu perisian kepada kanak-kanak.


6. Bunyi yang menarik.
Sekiranya bunyi tersebut menarik suara, pilih perisian yang mengandungi suara yang jelas semula jadi dan perkataan senang difahami. Sekiranya bunyi berbentuk muzik, pilih perisian yang mengandungi muzik yang mudah dan ceria.


7. Fleksibel
Program yang baik memberi ruang kepada kanak-kanak belajar dengan stail pembelajaran. Perisian komputer yang baik mempunyai beberapa tahap kerumitan, bagi menyesuaikan matlamat guru dan kebolehan kanak-kanak.


8.Maklumat balas.
Perisian yang berkesan hendaklah memberi  maklum balas terhadap tindakan yang dilakukan oleh kanak-kanak. Maklum balas mungkin merupakan yang positif ( bila berjaya) ataupun neutral ( seperti ' cuba lagi'). yang penting, maklum balas tersebut memberi panduan yang menbantu kanak-kanak mengambil tindak yang seterusnya dan mebolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran.




9. Penguasaan pengendalian.
Perisian komputer yang berkesan untuk pembelajaran kanak-kanak membolehkan mereka mengendalikannya tanpa banyak bantuan ataupun penyeliaan daripada orang dewasa dengan jayanya.


10. Kesesuaian dengan jenis komputer.
Biasanya keperluan minimum tercatat di atas kulit perisian. Keperluan itu seperti sama ada sesuai dengan komputer IBM ataupun Machintosh, keperluan ruang komputer atau hard disc yang diperlukan oleh komputer dan lain-lain keperluan yang dinyatakan pada sampul disket.




11. Memilih perisian komputer penting supaya dapat menepati tujuan dan objektif kurikulum.
Setiap perisian komputer mempunyai tujuan yang berbeza. Mulakan dengan 5 hingga 10 perisian komputer yang sesuai dan tambahkan daripada semasa ke semasa.





p/s:
Semoga maklumat di atas membantu dan memberi manfaat kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai maklumat atau info selain ini jangan lupa berkongsi dengan kami di sini...SHARING IS CARING>>>> Terima KAsih..

KOMPUTER SEBAGAI ALAT RANGSANGAN PEMBELAJARAN


 
Penggunaan komputer sebagai alat rangsangan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas adalah suatu inovasi baru dalam pendidikan awal kanak-kanak. Penggunaan komputer dalam proses P&P juga sememangnya menjadi salah satu agenda penting dalam sistem pendidikan kini bagi melahirkan generasi celik komputer. Aktiviti kanak-kanak dengan menggunakan komputer kini diaplikasikan dalam Kurikulum Pendidikan Prasekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.  


Melalui komputer kanak-kanak mendapat berbagai-bagai
pengalaman dengan meneroka dan belajar melalui
pelbagai perisian yang terdapat di pasaran kini.
Di samping itu, pembelajaran berbantu komputer
dapat memenuhi keperluan kanak-kanak yang
 mempunyai  stail pembelajaran dan kemahiran tersendiri.
Kajian Clements ( 1987) serta Hought dan Ellias ( 1997)
 menunjukkan bahawa melalui penggunaan komputer,
kanak-kanak dapat:-

Menulis  dan menghasilkan sesuatu yang kreatif.
Mengurangkan kebimbangan apabila melakukan kesilapan.
Kepuasan dan keyakinan dengan tulisan mereka kerana teks
mereka kelihatan baik.
Mengurangkan masalah menulis atas sebab kawalan motor.
Kemudahan untuk menyemak hasil kerja mereka.
Meneruskan sesuatu kerja kerana mereka tahu bahawa
mereka akan diberitahu cara untuk meneruskan kerja.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN KOMPUTER KANAK-KANAK.


Perkembangan sosioemosi
Memupuk semangat kerjasama apabila akitivit dijalankan secara berpasangan ataupun kumpulan.
Memupuk sifat tanggungjawab pada tugas yang diberi.
Berasa seronok dan bangga dengan hasil kerja yang dilakukan.

Perkembangan kognitif
Mengenal pasti dan mengasingkan objek mengikut ciri-ciri
seperti warna, bentuk dan saiz melalui pengasingan.
Menyusun dan mengatur mengikut saiz dan corak.
Membentuk kemahiran awal bacaan seperti
mengaitkan label perkataan dengan gambar.
Memahami kesan dan akibat seperti apa akan
terjadi apabila kekunci ditekan dan maklum balas yang
berlaku sepanjang program.
Memperluaskan kreativiti seperti menjalankan program
yang menggalakan penerokaan ataupun program
membentuk grafik yang mudah.

Perkembangan fizikal.
Membentuk kemahiran motor halus kanak-kanak melalui aktiviti
memasukkan cakera ataupun disket ke dalam pemacu ataupun
 menekan butang tetikus dan menggunakkan papan kekunci.
Meningkatkan koordinasi mata dan tangan apabila kanak-kanak
 membawa kursor ke tempat yang dipilih di atas skrin.
Membaiki kemahiran penglihatan apabila kanak-kanak mengesan
 pengerakan kursor di atas skrin.

* Rujukan Panduan Kurikulum Prasekolah. 

P/s : Sekiranya anda mempunyai maklumat tambahan mengenai di  tajuk di atas jangan lupa kongsi-kongsi kat kami di sini.... SHARING IS CARING>>>TQ.



Saturday 3 March 2012

CRAYOLA.com



Crayola ini adalah sebuah laman web untuk pembelajaran kanak-kanak dan pengasuh dalam membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak baik di rumah mahupun di sekolah.
Anda boleh memilih aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak dengan klik menu yang disediakan Colouring pages, Craft ideas, games and fun, for educator dan for parents.

Kelebihan laman web ini :-

1. Memberi pengalaman kepada kanak-kanak belajar menggunakan ict. 
2.Kanak-kanak dapat meneroka sesuatu yang baru dalam laman web   
   ini.
3.Kanak-kanak boleh belajar sambil bermain.
4.Kertas kerja kanak-kanak boleh dicetak.
5.Boleh menjadi panduan kepada ibu bapa dan guru-guru.
6.Membantu pengasuh  mencari maklumat  untuk pembelajaran 
   kanak-kanak.
7.Menjimatkan wang dan masa untuk mencari kertas kerja   
   pembelajaran kanak-kanak.
8. Kanak-kanak boleh mempelajari berbagai-bagai matapelajaran  
    seperti sains, matematik, geografi dan muzik.
9. Bahasa inggeris yang mudah difahami oleh semua.

Kekurangan laman web ini:-
1.Tulisan yang kecil, sukar untuk pelawat  baca dan menjadi   
   panduan.
2.Kurang gambar yang sesuai untuk kanak-kanak di dalam laman 
   web itu.
3. Aktiviti yang disediakan lebih kepada kebudayaan barat  
   seperti april fool, halloween.



Arts & Crafts


Ejen carian untuk aktiviti seni dan kraf tangan untuk kanak-kanak.Melalui tema-tema atau bahan seni yang anda inginkan.




  1. Anda boleh pilih jenis seni atau kraf yang diminati seperti outdoor art, guna bahan kitar semula, kerja kumpulan.
  2.  Langkah kedua, pilih tema yang anda mahukan seperti binatang, kebudayaan, pakaian dan seni.
  3. Akhir sekali  anda boleh pilih bahan yang anda ingin gunakan seperti plastisin, stick, warna dan sebagainya.
Anda juga boleh pilih aktiviti seni dan kraf di bawah ini juga :-




Coloring & Activities



Crayola.com mempunyai lebih 1000 cetakan dan imej yang berwarna-warni, permainan, aktiviti dan kraf  yang sesuai untuk  pembelajaran kanak-kanak.


Anda boleh pilih kertas kerja yang sesuai dengan topik pembelajaran kanak-kanak. Contohnya:-







Celebrations & Parties

Crayola.com juga boleh membantu anda merancang apa-apa sambutan yang anda ingin raikan bersama anak tersayang seperti hari jadi.


Party Planning Tips

What Type of Party?

Party Planning Checklist

Before the Party 

During the Party

Birthday Bashes

Stress Free Winter Holidays

Involving the Kids in Winter Holidays

Declarations and Decorations of Love

Colorful Heart-felt Celebrations

Egg-citing Spring Holidays

Celebrate a Successful School Year

Throw a Boo-tiful Halloween Party

Communicate With Your Kids





Parents & Teachers as Partners


Penglibatan ibu bapa dan guru penting dalam perkembangan kanak-kanak. Oleh itu konunikasi guru dan ibu bapa harus dijalankan. Di bawah ini adalah beberapa  topik bagi membantu guru-guru dan ibu bapa berkongsi anatara satu sama lain bagi memberi manfaat kepada anak-anak yang di jaga.


Topics

Art is Basic
Computers and Young Children
Families Use of Libraries
Feeling Comfortable At Your Child's School
Involving Busy Parents
Kids Like School?
Multicultural Diversity
Nutritious Lunches
Organizing Assignments
Parent Involvement
Parent/Teacher Conferences
Parents' Expections
Purpose of Homework
School Readiness
Setting Weekend Priorities
Stages of Artistic Development
Starting the School Routine
Stress In Kids
Teaching with Household Routines




Power of Creativity

 Anda boleh mengajar anak anda tentang kepentingan kreativiti dan mencari penyelesaian yang mudah untuk ajar anak-anak di rumah anda.



















Family Travel

Tips melancong bersama anak-anak. Anda boleh cetak halaman permainan perjalanan dan menikmati jam perjalanan menyeronokkan. Dengan ini dapat memupuk hubungan kekeluargaan yang erat.





          

* rujukan http://www.crayola.com


Sekiranya anda ada apa-apa cadangan atau komen yang hendak ditambah silalah berkongsi bersama kami di sini.....terima kasih.