Cute Onion Club - Onion Head

Followers

Thursday 20 September 2012

Pembelajaran Seriasi untuk Prasekolah


SERIASI
Seriasi atau urutan bermakna menyusun set objek mengikut arah atau susunan atau gaambaran tertentu misalnya daripada yang terkecil kepada yang terbesar.  Ia melibatkan perbandingan dan lebih daripada dua objek atau set dan disusun daripada pertama hingga akhir. ( Charlesworth, 1978). Misalnya, mereka dapat menyusun pensel daripada yang terpendek kepada yang terpanjang atau mengikut warna pensel daripada yang cerah ke tergelap. Kalau kemahiran seriasi menggunakan tingkah laku secara fizikal, inferensi transitif pula ialah kemahiran penyusunan ini secara mental. Contohnya, kalau A wujud sebelum B, B sebelum C dan D selepas, jadi susunanadalah ABCD. Kanak-kanak hanya menguasai kemahiran inferensi transitif pada peringkat sekolah rendah atau peringkat operasi konkrit.
       Kebolehan menyusun dan membuat seriasi adalah mengikut perkembangan konservasi daan pengelasan. Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun belum mempunyai kebolehan dalam aktiviti formal bagi mengenal pasti perkaitan antara sama, lebih dan kurang. Tetapi bagi kanak-kanak prasekolah konsep ini boleh dikuasai sekiranya mereka sudah faham lebih, kurang mula dan akhir. Aktiviti seriasi sama prosedur dengan pengelasan dan perbandingan. Kanak-kanak pada peringkat praoperasi belum memahami konsep konservasi( pengekalan) ciri-ciri bahan seperti nombor, ruang, isi padu dan berat yang sama tidak berubah kandungannya walaupun berlainan bentuk dan saiz. Pemikiran egosentrik mengehadkan kebolehan kanak-kanak melakukan konservasi, iaitu pengetahuan bahawa bilangan atau isi padu objek kekal walaupun berubah bentuk ( seperti bentuk bekas berubah ataupun objek digerakkan menjadi lebih jauh.

Beberapa bahan dan apparatus yang biasa digunakan dalam pengajaran seriasi adalah seperti silinder seriasi ‘ tombol silinder’, blok bunyi, dan menara merah jambu ( pink tower)’ yang digunakan dalam kaedah Montessori.

 
‘ Pink tower’ sebagai bahan pembelajaran seriasi dengan konsep susunan rendah ke tinggi.

Perbendaharaan kata yang boleh dipelajari apabila kanak-kanak sudah memahami konsep seriasi adalah akhir, pertama, terbesar, paling laju, selepas atau sebelum. Manakala perbendaharaan kata bagi idea kedudukan nombor adalah seperti pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya. Kebolehan dalam aktiviti seriasi bergantung pada pemikiran berbalik atau penyusunan dua arah seperti ke hadapan dan ke belakang.
   
 PADANAN SATU DENGAN SATU
Padanan satu dengan satu adalah kebolehan memadan suatu objek dengan pasangannya sama ada pasangannya yang sama atau berlainan. Contoh pasangan yang sama atau berlainan. Contohnya pasangan yang sama ialah sarung tangan dan pasangan yang tidak sama ialah cawan dan piring.
              Menurut Gelman (1978) kanak-kanak tidak akan dapat membilang selagi kemahiran padanan satu dengan satu tidak dikuasai. Dengan perkataan lain hafalan membilang dan menyebut nombor secara berturutan adalah suatu perkara tetapi membilang secara betul iaitu satu nombor satu benda adalah agak sukar.
               Kerap kali kita dapati apabila kanak-kanak diberikan suatu siri bahan untuk dibilang, kebarangkalian untuk mereka dua nombor bagi suatu item atau dua item untuk disebut satu nombor adalah tinggi. Kanak-kanak perlu diberikan masa untuk menguasai kebolehan membilang. Apabila mereka sudah menguasai konsep padanan satu dengan satu kemahiran ini akan diperoleh.
   
KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN PADANAN SATU DENGAN SATU KURIKULUM  PRASEKOLAH

Memadan mengikut :
·         bilangan pasangan yang cukup.
·         bilangan pasangan yang tidak cukup.

Wednesday 19 September 2012

PRoSeS P&P sAins Yang berKesan


Proses pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan memerlukan guru dalam memainkan peranan seperti berikut:

SEBAGAI FASILITATOR

Iaitu mengadakan persekitaran bagi menggalakkan perkembangan kanak-kanak. Antara tugas yang perlu dilakukan adalah merancang, mengumpul bahan dan mencuba dahulu aktiviti y ingin dilakukan bersama kanak-kanak. Sebagai fasilitator guru seharusnya bersedia berhadapan dengan keadaan yang tidak teratur dan bersedia meneroka bersama kanak-kanak.


SEBAGAI PEMANGKIN

Guru adalah pemangkin y mampu menggerakkan dan mencabar pemikiran kanak-kanak supaya mereka sedar keupayaan mereka berfikir dan menyelesaikan masalah. Sebagai pemangkin, guru menentukan kegembiraan dalam penerokaan mencari pengetahuan itu dapat diteruskan dan ditanam dalam diri kanak-kanak.


SEBAGAI PAKAR RUJUK

Guru memerhati, mendengar dengan teliti dan menjawab soalan dengan mudah semasa kanak-kanak menjalankan aktiviti. Sebagai pakar rujuk, guru cuma memberi maklumat sekadar cukup bagi menggerakkan kanak-kanak memberi tumpuan pada aspek yang ingin dikaji. Peranan guru-guru lebih ke arah memberi bimbingan dan sokongan dan bukan mengarah kanak-kanak.


SEBAGAI MODEL

Guru seharusnya mampu menunujukkan kepada kanak-kanak ciri-ciri yang baik supaya berjaya dalam penerokaan ilmu seperti ingin tahu, menghargai, tabah, dan kreatif. Pada peringkat ini, kanak-kanak belajar dengn meniru tingkah laku yang dipaparkan oleh guru. Justeru adalah penting bagi menunjukkan contoh dan teladan yang baik sebagai ikutan kanak-kanak.

Sumber rujukan :#  Buku Sains Prasekolah

Petua Menangani Kanak-Kanak Hiperaktif


Kanak-kanak lasak biasanya sukar duduk diam dan enggan mengikut arahan ibu bapa. Kadang-kadang kita mudah melabelkan mereka sebagai nakal. Biasanya ibu bapa akan pening kepala memikir bagaimana caranya menangani anak-anak yang terlalu aktif ini. Kanak-kanak begini mungkin berada dalam kelompok kanak-kanak hiperaktif. 

Ia merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak itu bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukar mengasingkan maklumat. Mengenali kanak-kanak hiperaktif dan memahami langkah menghadapi kesukaran sepanjang mengurus mereka, akan membantu ibu bapa menyelesaikan masalah dengan baik.

1. Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. Ini kerana, kanak-kanak hiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahan seperti kanak-kanak normal.

2. Jangan sesekali melabel anak hiperaktif sebagai anak yang nakal, malas atau bodoh, kerana akhirnya mereka akan bersikap seperti apa yang kita labelkan.

3. Jangan sesekali merasa bosan. Lama-kelamaan anak anda akan dapat menguasai apa yang anda ajarkan.

4. Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri dan orang lain, segera bertindak dengan menasihati atau memarahi mereka. Jika perkara tersebut berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi mengenai cara menanganinya.

5.Selalu berkomunikasi dengan kanak-kanak hiperaktif. Ini kerana, komunikasi yang positif akan membuat kanak-kanak tersebut lebih kreatif.

6. Sentiasa fokus dan berwaspada dengan segala tindakan kanak-kanak hiperaktif yang mungkin boleh mencederakan diri atau orang lain.

7. Bentuk disiplin pada kanak-kanak hiperaktif suapa di masa hadapan mereka dapat mengaturkan hidup dengan baik.



Sumber : fb Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

Sunday 16 September 2012

PenGelasan Untuk PraseKolah





PENGELASAN
Pengelasan bermaksud meletakkan benda berasaskan ciri-ciri  yang sama, seperti sama bentuk ataupun warna. Ia adalah salah satu proses penting bagi membentuk konsep nombor. Ketika mengelaskan kanak-kanak perlu ada kebolehan memerhati benda yang  ada kesamaan dan perbezaan. Kemajuan untuk mengembangkan konsep pengkelasan perlu melalui beberapa  proses :
1.    Memilih dan membanding.
2.    Mengumpul.
3.    Memilih  semula.
4.    Mengasingkan kumpulan.
5.    Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau berdasarkan konsep negatif.
Sebelum kanak-kanak boleh mengelaskan mereka ada konsep awal seperti kepunyaan, pasangan, serupa dan kepunyaan bersama.  Konsep ini, akan  membantu kanak-kanak melabel identity,  kegunaan dan kedudukan. Bagi memenuhi konsep ini, kemahiran lisan adalah salah satu kemahiran yang perlu ada. Peranan guru hendaklah memberi khusus bagi aktiviti pengelasan.  Hasil pembelajaran pengelasan boleh dilakukan seperti berikut:-
1.    Kelaskan objek mengikut:
a.    Mengikut warna ( merah, kuning, biru, putih, hitam dan warna lain-lain)
b.    Saiz ( besar, kecil, panjang-pendek)
c.    Bentuk ( bulat, sfera, bujur, segi empat, segi tiga, segi empat tepat)
d.    Jenis/kumpulan ( makanan, kenderaan, bunga, rumah, haiwan)
e.    Fungsi/ kegunaan( alatan dalam rumah, alatan di  sekolah, kenderaan). Charlesworth dan Lind (1999) mengelaskan mengikut kategori berikut:
·         Bahan ( kaca, kayu, plastik, kertas, kain, logam)
·         Tekstur ( keras, lembut,licin, basah)
·         Corak ( berjalur, bintik-bintik, berbunga, kotak-kotak atau polka dot)
·         Perkaitan ( benda yang berkaitan fungsi seperti susu dan gelas, kasut dengan kaki)
·         Nombor/bilangan – semua dalam kumpulan mengikut jumlah spesifik ( 6 roda. ada sepasang kasut, 2 kaki dan sebagainya).
2.    Mengelaskan objek mengikut bau.
3.    Mengelaskan objek mengikut tekstur.
4.    Mengelaskan objek mengikut bunyi.
5.    Mengelaskan objek mengikut kesamaan ( kumpulan jenis)

 IDEA DAN AKTIVITI PENGAJARAN PENGELASAN
1.    Mengasingkan dan kelaskan bahan-bahan di rumah atau di kelas mengikut kategori bahan:
·         Tekstur
·         Saiz
·         Bentuk
2.     Mengasingkan dan mengelaskan butang mainan mengikut ciri:
·         Warna
·         Bilangan lubang butang
·         Bentuk
3.    Kelaskan jenis-jenis kertas:
·         Tekstur – kasar, licin, keras dan lembut.
4.    Kelaskan kumpulan haiwan- kumpulkan jenis-jenis haiwan ( gambar atau , model) mengikut :
·         Tempat tinggal
·         Jenis makanan yang dimakan
·         Cara mereka bergerak.
·         Bilangan kakinya.
5.    Kelaskan kanak-kanak dan guru – minta kanak-kanak berfikir bagaimana pengkelasan boleh dilakukan. Sekiranya tiada respon daripada kanak-kanak guru berikan panduan seperti berikut:
·         Jantina
·         Warna pakaian
·         Pakaian cermin mata atau tidak
·         Jenis rambut kerinting atau lurus
·         Tinggi atau rendah


LAMAN WEB PERMAINAN PEMBELAJARAN GRAF DAN UKURAN



Measuring Length & Weight - Math Games









 


Which is the Heaviest? - Free Games Online



Learn about frequency tables with this free online game for kids