Cute Onion Club - Onion Head

Followers

Sunday 16 September 2012

PenGelasan Untuk PraseKolah





PENGELASAN
Pengelasan bermaksud meletakkan benda berasaskan ciri-ciri  yang sama, seperti sama bentuk ataupun warna. Ia adalah salah satu proses penting bagi membentuk konsep nombor. Ketika mengelaskan kanak-kanak perlu ada kebolehan memerhati benda yang  ada kesamaan dan perbezaan. Kemajuan untuk mengembangkan konsep pengkelasan perlu melalui beberapa  proses :
1.    Memilih dan membanding.
2.    Mengumpul.
3.    Memilih  semula.
4.    Mengasingkan kumpulan.
5.    Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau berdasarkan konsep negatif.
Sebelum kanak-kanak boleh mengelaskan mereka ada konsep awal seperti kepunyaan, pasangan, serupa dan kepunyaan bersama.  Konsep ini, akan  membantu kanak-kanak melabel identity,  kegunaan dan kedudukan. Bagi memenuhi konsep ini, kemahiran lisan adalah salah satu kemahiran yang perlu ada. Peranan guru hendaklah memberi khusus bagi aktiviti pengelasan.  Hasil pembelajaran pengelasan boleh dilakukan seperti berikut:-
1.    Kelaskan objek mengikut:
a.    Mengikut warna ( merah, kuning, biru, putih, hitam dan warna lain-lain)
b.    Saiz ( besar, kecil, panjang-pendek)
c.    Bentuk ( bulat, sfera, bujur, segi empat, segi tiga, segi empat tepat)
d.    Jenis/kumpulan ( makanan, kenderaan, bunga, rumah, haiwan)
e.    Fungsi/ kegunaan( alatan dalam rumah, alatan di  sekolah, kenderaan). Charlesworth dan Lind (1999) mengelaskan mengikut kategori berikut:
·         Bahan ( kaca, kayu, plastik, kertas, kain, logam)
·         Tekstur ( keras, lembut,licin, basah)
·         Corak ( berjalur, bintik-bintik, berbunga, kotak-kotak atau polka dot)
·         Perkaitan ( benda yang berkaitan fungsi seperti susu dan gelas, kasut dengan kaki)
·         Nombor/bilangan – semua dalam kumpulan mengikut jumlah spesifik ( 6 roda. ada sepasang kasut, 2 kaki dan sebagainya).
2.    Mengelaskan objek mengikut bau.
3.    Mengelaskan objek mengikut tekstur.
4.    Mengelaskan objek mengikut bunyi.
5.    Mengelaskan objek mengikut kesamaan ( kumpulan jenis)

 IDEA DAN AKTIVITI PENGAJARAN PENGELASAN
1.    Mengasingkan dan kelaskan bahan-bahan di rumah atau di kelas mengikut kategori bahan:
·         Tekstur
·         Saiz
·         Bentuk
2.     Mengasingkan dan mengelaskan butang mainan mengikut ciri:
·         Warna
·         Bilangan lubang butang
·         Bentuk
3.    Kelaskan jenis-jenis kertas:
·         Tekstur – kasar, licin, keras dan lembut.
4.    Kelaskan kumpulan haiwan- kumpulkan jenis-jenis haiwan ( gambar atau , model) mengikut :
·         Tempat tinggal
·         Jenis makanan yang dimakan
·         Cara mereka bergerak.
·         Bilangan kakinya.
5.    Kelaskan kanak-kanak dan guru – minta kanak-kanak berfikir bagaimana pengkelasan boleh dilakukan. Sekiranya tiada respon daripada kanak-kanak guru berikan panduan seperti berikut:
·         Jantina
·         Warna pakaian
·         Pakaian cermin mata atau tidak
·         Jenis rambut kerinting atau lurus
·         Tinggi atau rendah


No comments:

Post a Comment