Cute Onion Club - Onion Head

Followers

Tuesday 31 July 2012

Merancang Aktiviti yang Bertunjangkan Sains dan Matematik

Aktiviti Educate Zoo




CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas                          :        
Tarikh                         :       
Hari                             :
Masa                           :           30 Minit (08.00am-08.30am)
Bil. Murid                   :
Umur                          :           5 Tahun
Modul                         :           Tema  
Tajuk/Tema                :           Educate Zoo/ Alam Hidupan (Haiwan)

Tunjang Utama :
(ST 3.0) Menyiasat alam hidupan
(ST 7.0) Konsep nombor
           
Standard Kandungan :
(ST 3.4) Menjalankan penerokaan ke atas ciri, habitat, cara pergerakan, jenis makanan, kitaran hidup haiwan jinak yang biasa dijumpai
(ST 7.1) Memahami nombor 1-10

Standard Pembelajaran :
(ST 3.4.5) Mengecam tempat tinggal haiwan (contoh: kucing-rumah, ayam-reban, itik-kolam, lembu-padang, kerbau-sawah, katak-air dan darat, ikan-air, burung-pokok)
(ST 3.4.6) Mengumpulkan haiwan mengikut habitatnya
(ST 7.1.3 ) Membilang objek 1-10
(ST 7.1.5) Memadankan angka 1-10 dengan bilangan objek yang betul


Kesepaduan Tunjang :
 (BM 2.2.4) Bersoal jawab secara spontan

Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :-
(i)            Mengelaskan 7 daripada 10 haiwan mengikut habitat dengan betul
(ii)           Menamakan 7 daripada 10 haiwan yang terdapat dalam replika zoo

Pengetahuan Sedia ada :
Murid telah didedahkan tentang nama-nama haiwan yang terdapat di persekitaran

Kemahiran Berfikir (KB) :
Mengelaskan haiwan mengikut habitat

Penerapan Nilai (PN) :
Toleransi, kerjasama, keberanian, berdisiplin, hormat-menghormati

Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
Gabus/ polistrin ( Replika Zoo), lidi, warna air, pasir, kad manila                    
Fokus Kecerdasan Pelbagai (MI) :
Kecerdasan Linguistik, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Logik Matematik

Kosa Kata :
Zirafah, singa, harimau, buaya, burung, ular, monyet
LANGKAH /  MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID
CATATAN / BBM
Set Induksi
(3   Minit)
Sesi soal jawab antara guru dan kanak-kanak
1.    Guru menayangkan video untuk memperkenalkan tajuk pembelajaran.
      * Zoo Negara


2.    Guru menanyakan soalan kepada murid.
*siapa pernah pergi
  zoo?
*di zoo ada apa?

1.    Murid melihat video yang ditayangkan oleh guru.

2.    Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru.

ABM: video
Langkah 1
(5  Minit)



Meneka bunyi binatang
1.    Guru memperdengarkan
audio bunyi pelbagai haiwan kepada murid.


1.    Murid mendengar audio yang dipasang oleh guru.

2.    Murid meneka bunyi 
      haiwan tersebut.
ABM: audio bunyi pelbagai haiwan

KB: menjana idea

Langkah 2
(10  Minit)



Menamakan dan mengelaskan haiwan mengikut habitat

1.    Guru bertanya kepada murid tentang nama setiap replika haiwan yang dipamerkan di hadapan kelas

2.    Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan.

3.    Guru memberikan setiap kumpulan replika haiwan untuk dilengkapkan mengikut habitat dalam replika zoo yang disediakan

1.    Murid menamakan
      setiap haiwan yang
      ditunjukkan oleh guru

2.    Murid berada dalam kumpulan yang dipilih oleh guru

3.    Murid mendapat replika haiwan dan mengelaskan mereka mengikut habitat dalam replika zoo.

ABM: replika zoo, replika haiwan

KB: menamakan dan mengelaskan

PN: kecerdasan logik-matematik

MI: kerjasama, toleransi


Langkah 3
(7 Minit)
Mengira bilangan dan membandingkan mengikut saiz dan warna
1.   Guru memilih murid
     untuk  mengira bilangan  
     haiwan yang terdapat
     dalam setiap habitat

2.  Guru bertanya kepada
     murid tentang  
     perbandingan setiap
     haiwan mengikut saiz
     dan warna
     * gajah dengan harimau 
       mane lagi besar?
     * mane lagi tinggi?  
       Zirafah 
       ke monyet?
    * singa ni warna apa?

1.  Murid mengira
    bilangan haiwan
    yang terdapat
    dalam setiap habitat

2.  Murid
     membandingkan
     haiwan mengikut saiz
     dan warna

ABM: replika zoo, replika haiwan

KB: membanding

PN: kecerdasan logik matematik

MI: toleransi, kerjasama


Penutup
(5 Minit)
Rumusan pembelajaran
1.    Guru melihat setiap kumpulan mempamerkan hasil kerja mereka di hadapan kelas

2.    Guru mendengar murid bercerita tentang hasil kerja kepada kawan-kawannya.
      *guru boleh bertanya
soalan  untuk menggalakkan murid bercerita
        
3.    Setiap kumpulan mempamerkan hasil kerja yang dibuat bersama-sama kepada kumpulan yang lain.

4.    Murid dalam kumpulan menceritakan semula tentang hasil kerja kepada kawan-kawan yang lain.

ABM: replika haiwan dan zoo

KB: refleksi

PN: kecerdasan linguistik

MI: keberanian




Refleksi Guru:
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________  


Refleksi Murid:
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________



Mengapakah Aktiviti Educate Zoo Sesuai untuk Pembelajaran Sains dan Matematik Kanak-Kanak .

Melalui aktiviti educate zoo ini kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu mengenai:-

1.    Memperkenalkan konsep awal matematik kepada kanak-kanak seperti pengelasan dan perbandingan ciri (warna, saiz).
2.    Aktiviti pengelasan adalah  proses penting untuk membentuk konsep nombor.
3.    Memastikan murid menguasai  konsep perbandingan yang selalu digunakan  seperti lebih tinggi, lebih besar.
4.    Menyediakan pembelajaran awal sains apabila kanak-kanak menjalankan penerokaan ke atas alam hidupan (haiwan) dengan mengecam dan mengumpulkan setiap replika haiwan mengikut habitat
5.    Mementingkan penguasaan kemahiran  daripada pemerolehan pengetahuan
6.    Membekalkan pengalaman awal matematik  dalam konsep nombor iaitu membilang, satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian yang mana murid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. Terdapat empat prinsip membilang  untuk dikuasai sebelum kanak-kanak dapat membilang secara rasional dan bukan hafalan.
·         Murid dapat memadankan satu objek dengan satu nombor
·          Prinsip susunan nombor  yang mengikut urutan iaitu bermula dari 1,2,3,…dan seterusnya
·         Prinsip Cardinal  iaitu nama dan nombor yang terakhir  adalah jumlah objek yang dibilang    Order Irrelevance iaitu boleh memulakan  pengiraan dari mana-mana kedudukan.







Wednesday 18 July 2012

Petua Untuk Membantu Meningkatkan Perkembangan bahasa Anak





1. Baca buku kepada anak, terutama buku bergambar di mana anda boleh mengajaknya untuk menunjuk atau menamakan objek.

2. Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak badan atau tangan. Tanya banyak soalan kepada anak. Pastikan anda ‘bercakap’ dengan si kecil dan bukan memberi arahan.

3. Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya.

4. Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lagi bagi memanjangkan ayat berkenaan.

5. Sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan. Beri masa untuk anak menghabiskan ayatnya.

6. Jangan paksa anak bercakap.

7. Anda hendaklah selalu bercakap dengan anak anda. Walaupun mungkin anak langsung tak memperdulikan anda dan seronok bermain saja, tapi anda jangan putus asa. Teruskan berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak anda. Ucapkan sesuatu perkataan itu berkali-kali depan dia. Dalam beberapa ketika sahaja, anak anda akan mampu meniru apa yang anda ucapkan.

8. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas.

9. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat.

10. Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baharu dikenali.

11. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.

12. Pasangkan lagu kanak-kanak yang mudah berulang kali sehingga anak anda mampu mengikutnya.

13. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.

9. Andainya anak-anak sudah mula bloeh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Azman nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Azman nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.



rujukan/ sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Thursday 5 July 2012

Pendidikan Asas al-quran untuk awal kanak-kanak

JOM KITA DENGAR


p/s : sebelum  dengar  anda perlu matikan dulu button lagu maher zain kt bawah tu... jika tidak ia akan menggangu ketenteraman lubang telinga anda..

Ini merupakan album baru kumpulan devotees yang berkonsepkan pendidikan asas al-quran. Album ini menampilkan 11 buah lagu dan di dalamnya merangkumi sebutan asas huruf-huruf hijaiyyah dan sangat sesuai bagi semua peringkat umur. Terutamanya kanak-kanak yang masih kecil  sebab pada  umur ini mereka mudah menyerapkan apa yang didengar. Peranan guru dan penjaga pula harus mewujudkan persekitaran-persekitaran yang baik untuk anak-anak membesar. "Anak yang cemerlang hasil daripada didikan ibu bapa yang cemerlang" . Like father like son. la....

Untuk maklumat lanjut sila layari www.facebook.com/devotees.nasyeed atau www.albaghdadi.com.my

Tantrum





Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.


2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

sumber dari FB : Prof. Dr. Rozieta Shaary

COntect Lens




1. demam juga dikecualikan daripada memakai kanta sentuh. Ini kerana, kuman yang menjangkiti salur pernafasan juga boleh merebak ke ruang mata dan seterusnya akan melekat di kanta sentuh yang dipakai.

2. Ibu di awal kehamilan juga tidak digalakkan untuk memakai kanta sentuh ini. ini kerana pada fasa ini, para ibu akan mengalami masalah penglihatan kabur akibat pembengkakan sel di depan mata.

3. Contohnya, jika kanta sentuh anda jenis berwarna, anda tidak digalakkan untuk memakainya selama lebih 8 jam.  Ini penting untuk mengelakkan kejadian overwear kanta sentuh dan mata kurangnya oksigen

4. Sekiranya anda tidak memakai kanta sentuh untuk beberapa hari, MPS di dalam bekas rendaman perlu ditukar setiap malam

Nota kaki: Penggunaan kanta sentuh pada kali pertama adalah cuma selama 4 jam sahaja. Hari kedua adalah 6 jam sahaja. Hari ketiga dan seterusnya adalah 8 jam. Jangan pakai kanta sentuh melebihi 10 jam.

p/s: sebenarnya banyak lagi tips2nya. maklumat lanjut anda boleh layari blog ni...http://anissuzanna.blogspot.com/2011/07/cara-memakai-kanta-sentuh.html
 Di sini saya hanya berikan yang ringkas dan info kepada yang mungkin tidak diketahui oleh pemakai kontek lens sendiri...

Wednesday 4 July 2012

Cerita untuk kanak-kanak

Unta dan ibunya



Seekor unta kecil bertanya kpd ibunya, “Ibu kenapa tapak kakiku besar & hanya terdiri dari tiga jari?”

Ibu unta menjawab, “Kita kan unta, kaki seperti itu bagus utk merentasi gurun agar kaki tidak tenggelam dalam pasir.”

“Lagi kenapa bulu mataku panjang?” tanya anak unta lagi.

“Jika kita berjalan di gurun, pasir-pasir selalu beterbangan. Bulu mata yg panjang akan melindungi matamu dari dimasuki pasir,” jawab ibunya.

“Di belakang aku ada bonggol. Itu utk apa?” tanya anak unta lagi.

“Itu utk menyimpan air. Jadi kalau kita berjalan melintasi gurun yg susah nak cari air, kita boleh bertahan walaupun tidak minum berhari-hari,” jawab ibunya dengan sabar.

Setelah sekian lama terdiam, anak unta berkata lagi, “Jadi kita punya tapak kaki lebar, bulu mata panjang & bonggol di belakang adalah utk hidup di gurun…”

“Benar sayang,” jawab induknya.



sumber fb~- Nizarazu -

Pembelajaran secara Kontekstual


MATLAMAT
Matlamat modul ini ialah untuk membantu guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran.
OBJEKTIF
§Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
§Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran  secara kontekstual.
§Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan.
§Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual.

APAKAH PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL?

         Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaanKaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti        hands-on dan minds-on.



 TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL 

 
Pengetahuan sedia ada  +  pengetahuan baru
Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.

PENDEKATAN KONTEKSTUAL MERENTAS PELBAGAI DISIPLIN ILMU
-Matematik
-Sains 
-Komunikasi
-Fizikal dan estetika
-Kerohanian,sikap dan nilai

RUMUSAN
        Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada merekaMinda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannyaTeori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harianTeori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.