Cute Onion Club - Onion Head

Followers

Wednesday 4 July 2012

Pembelajaran secara Kontekstual


MATLAMAT
Matlamat modul ini ialah untuk membantu guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran.
OBJEKTIF
§Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
§Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran  secara kontekstual.
§Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan.
§Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual.

APAKAH PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL?

         Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaanKaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti        hands-on dan minds-on.



 TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL 

 
Pengetahuan sedia ada  +  pengetahuan baru
Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.

PENDEKATAN KONTEKSTUAL MERENTAS PELBAGAI DISIPLIN ILMU
-Matematik
-Sains 
-Komunikasi
-Fizikal dan estetika
-Kerohanian,sikap dan nilai

RUMUSAN
        Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada merekaMinda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannyaTeori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harianTeori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.





No comments:

Post a Comment