Cute Onion Club - Onion Head

Followers

Tuesday 31 July 2012

Merancang Aktiviti yang Bertunjangkan Sains dan Matematik

Aktiviti Educate Zoo




CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas                          :        
Tarikh                         :       
Hari                             :
Masa                           :           30 Minit (08.00am-08.30am)
Bil. Murid                   :
Umur                          :           5 Tahun
Modul                         :           Tema  
Tajuk/Tema                :           Educate Zoo/ Alam Hidupan (Haiwan)

Tunjang Utama :
(ST 3.0) Menyiasat alam hidupan
(ST 7.0) Konsep nombor
           
Standard Kandungan :
(ST 3.4) Menjalankan penerokaan ke atas ciri, habitat, cara pergerakan, jenis makanan, kitaran hidup haiwan jinak yang biasa dijumpai
(ST 7.1) Memahami nombor 1-10

Standard Pembelajaran :
(ST 3.4.5) Mengecam tempat tinggal haiwan (contoh: kucing-rumah, ayam-reban, itik-kolam, lembu-padang, kerbau-sawah, katak-air dan darat, ikan-air, burung-pokok)
(ST 3.4.6) Mengumpulkan haiwan mengikut habitatnya
(ST 7.1.3 ) Membilang objek 1-10
(ST 7.1.5) Memadankan angka 1-10 dengan bilangan objek yang betul


Kesepaduan Tunjang :
 (BM 2.2.4) Bersoal jawab secara spontan

Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :-
(i)            Mengelaskan 7 daripada 10 haiwan mengikut habitat dengan betul
(ii)           Menamakan 7 daripada 10 haiwan yang terdapat dalam replika zoo

Pengetahuan Sedia ada :
Murid telah didedahkan tentang nama-nama haiwan yang terdapat di persekitaran

Kemahiran Berfikir (KB) :
Mengelaskan haiwan mengikut habitat

Penerapan Nilai (PN) :
Toleransi, kerjasama, keberanian, berdisiplin, hormat-menghormati

Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
Gabus/ polistrin ( Replika Zoo), lidi, warna air, pasir, kad manila                    
Fokus Kecerdasan Pelbagai (MI) :
Kecerdasan Linguistik, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Logik Matematik

Kosa Kata :
Zirafah, singa, harimau, buaya, burung, ular, monyet
LANGKAH /  MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID
CATATAN / BBM
Set Induksi
(3   Minit)
Sesi soal jawab antara guru dan kanak-kanak
1.    Guru menayangkan video untuk memperkenalkan tajuk pembelajaran.
      * Zoo Negara


2.    Guru menanyakan soalan kepada murid.
*siapa pernah pergi
  zoo?
*di zoo ada apa?

1.    Murid melihat video yang ditayangkan oleh guru.

2.    Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru.

ABM: video
Langkah 1
(5  Minit)



Meneka bunyi binatang
1.    Guru memperdengarkan
audio bunyi pelbagai haiwan kepada murid.


1.    Murid mendengar audio yang dipasang oleh guru.

2.    Murid meneka bunyi 
      haiwan tersebut.
ABM: audio bunyi pelbagai haiwan

KB: menjana idea

Langkah 2
(10  Minit)



Menamakan dan mengelaskan haiwan mengikut habitat

1.    Guru bertanya kepada murid tentang nama setiap replika haiwan yang dipamerkan di hadapan kelas

2.    Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan.

3.    Guru memberikan setiap kumpulan replika haiwan untuk dilengkapkan mengikut habitat dalam replika zoo yang disediakan

1.    Murid menamakan
      setiap haiwan yang
      ditunjukkan oleh guru

2.    Murid berada dalam kumpulan yang dipilih oleh guru

3.    Murid mendapat replika haiwan dan mengelaskan mereka mengikut habitat dalam replika zoo.

ABM: replika zoo, replika haiwan

KB: menamakan dan mengelaskan

PN: kecerdasan logik-matematik

MI: kerjasama, toleransi


Langkah 3
(7 Minit)
Mengira bilangan dan membandingkan mengikut saiz dan warna
1.   Guru memilih murid
     untuk  mengira bilangan  
     haiwan yang terdapat
     dalam setiap habitat

2.  Guru bertanya kepada
     murid tentang  
     perbandingan setiap
     haiwan mengikut saiz
     dan warna
     * gajah dengan harimau 
       mane lagi besar?
     * mane lagi tinggi?  
       Zirafah 
       ke monyet?
    * singa ni warna apa?

1.  Murid mengira
    bilangan haiwan
    yang terdapat
    dalam setiap habitat

2.  Murid
     membandingkan
     haiwan mengikut saiz
     dan warna

ABM: replika zoo, replika haiwan

KB: membanding

PN: kecerdasan logik matematik

MI: toleransi, kerjasama


Penutup
(5 Minit)
Rumusan pembelajaran
1.    Guru melihat setiap kumpulan mempamerkan hasil kerja mereka di hadapan kelas

2.    Guru mendengar murid bercerita tentang hasil kerja kepada kawan-kawannya.
      *guru boleh bertanya
soalan  untuk menggalakkan murid bercerita
        
3.    Setiap kumpulan mempamerkan hasil kerja yang dibuat bersama-sama kepada kumpulan yang lain.

4.    Murid dalam kumpulan menceritakan semula tentang hasil kerja kepada kawan-kawan yang lain.

ABM: replika haiwan dan zoo

KB: refleksi

PN: kecerdasan linguistik

MI: keberanian




Refleksi Guru:
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________  


Refleksi Murid:
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________



Mengapakah Aktiviti Educate Zoo Sesuai untuk Pembelajaran Sains dan Matematik Kanak-Kanak .

Melalui aktiviti educate zoo ini kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu mengenai:-

1.    Memperkenalkan konsep awal matematik kepada kanak-kanak seperti pengelasan dan perbandingan ciri (warna, saiz).
2.    Aktiviti pengelasan adalah  proses penting untuk membentuk konsep nombor.
3.    Memastikan murid menguasai  konsep perbandingan yang selalu digunakan  seperti lebih tinggi, lebih besar.
4.    Menyediakan pembelajaran awal sains apabila kanak-kanak menjalankan penerokaan ke atas alam hidupan (haiwan) dengan mengecam dan mengumpulkan setiap replika haiwan mengikut habitat
5.    Mementingkan penguasaan kemahiran  daripada pemerolehan pengetahuan
6.    Membekalkan pengalaman awal matematik  dalam konsep nombor iaitu membilang, satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian yang mana murid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. Terdapat empat prinsip membilang  untuk dikuasai sebelum kanak-kanak dapat membilang secara rasional dan bukan hafalan.
·         Murid dapat memadankan satu objek dengan satu nombor
·          Prinsip susunan nombor  yang mengikut urutan iaitu bermula dari 1,2,3,…dan seterusnya
·         Prinsip Cardinal  iaitu nama dan nombor yang terakhir  adalah jumlah objek yang dibilang    Order Irrelevance iaitu boleh memulakan  pengiraan dari mana-mana kedudukan.







No comments:

Post a Comment