Cute Onion Club - Onion Head

Followers

Thursday 20 September 2012

Pembelajaran Seriasi untuk Prasekolah


SERIASI
Seriasi atau urutan bermakna menyusun set objek mengikut arah atau susunan atau gaambaran tertentu misalnya daripada yang terkecil kepada yang terbesar.  Ia melibatkan perbandingan dan lebih daripada dua objek atau set dan disusun daripada pertama hingga akhir. ( Charlesworth, 1978). Misalnya, mereka dapat menyusun pensel daripada yang terpendek kepada yang terpanjang atau mengikut warna pensel daripada yang cerah ke tergelap. Kalau kemahiran seriasi menggunakan tingkah laku secara fizikal, inferensi transitif pula ialah kemahiran penyusunan ini secara mental. Contohnya, kalau A wujud sebelum B, B sebelum C dan D selepas, jadi susunanadalah ABCD. Kanak-kanak hanya menguasai kemahiran inferensi transitif pada peringkat sekolah rendah atau peringkat operasi konkrit.
       Kebolehan menyusun dan membuat seriasi adalah mengikut perkembangan konservasi daan pengelasan. Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun belum mempunyai kebolehan dalam aktiviti formal bagi mengenal pasti perkaitan antara sama, lebih dan kurang. Tetapi bagi kanak-kanak prasekolah konsep ini boleh dikuasai sekiranya mereka sudah faham lebih, kurang mula dan akhir. Aktiviti seriasi sama prosedur dengan pengelasan dan perbandingan. Kanak-kanak pada peringkat praoperasi belum memahami konsep konservasi( pengekalan) ciri-ciri bahan seperti nombor, ruang, isi padu dan berat yang sama tidak berubah kandungannya walaupun berlainan bentuk dan saiz. Pemikiran egosentrik mengehadkan kebolehan kanak-kanak melakukan konservasi, iaitu pengetahuan bahawa bilangan atau isi padu objek kekal walaupun berubah bentuk ( seperti bentuk bekas berubah ataupun objek digerakkan menjadi lebih jauh.

Beberapa bahan dan apparatus yang biasa digunakan dalam pengajaran seriasi adalah seperti silinder seriasi ‘ tombol silinder’, blok bunyi, dan menara merah jambu ( pink tower)’ yang digunakan dalam kaedah Montessori.

 
‘ Pink tower’ sebagai bahan pembelajaran seriasi dengan konsep susunan rendah ke tinggi.

Perbendaharaan kata yang boleh dipelajari apabila kanak-kanak sudah memahami konsep seriasi adalah akhir, pertama, terbesar, paling laju, selepas atau sebelum. Manakala perbendaharaan kata bagi idea kedudukan nombor adalah seperti pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya. Kebolehan dalam aktiviti seriasi bergantung pada pemikiran berbalik atau penyusunan dua arah seperti ke hadapan dan ke belakang.
   
 PADANAN SATU DENGAN SATU
Padanan satu dengan satu adalah kebolehan memadan suatu objek dengan pasangannya sama ada pasangannya yang sama atau berlainan. Contoh pasangan yang sama atau berlainan. Contohnya pasangan yang sama ialah sarung tangan dan pasangan yang tidak sama ialah cawan dan piring.
              Menurut Gelman (1978) kanak-kanak tidak akan dapat membilang selagi kemahiran padanan satu dengan satu tidak dikuasai. Dengan perkataan lain hafalan membilang dan menyebut nombor secara berturutan adalah suatu perkara tetapi membilang secara betul iaitu satu nombor satu benda adalah agak sukar.
               Kerap kali kita dapati apabila kanak-kanak diberikan suatu siri bahan untuk dibilang, kebarangkalian untuk mereka dua nombor bagi suatu item atau dua item untuk disebut satu nombor adalah tinggi. Kanak-kanak perlu diberikan masa untuk menguasai kebolehan membilang. Apabila mereka sudah menguasai konsep padanan satu dengan satu kemahiran ini akan diperoleh.
   
KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN PADANAN SATU DENGAN SATU KURIKULUM  PRASEKOLAH

Memadan mengikut :
·         bilangan pasangan yang cukup.
·         bilangan pasangan yang tidak cukup.

No comments:

Post a Comment