Cute Onion Club - Onion Head

Followers

Tuesday 6 March 2012

CIRI-CIRI PERISIAN KOMPUTER UNTUK KANAK-KANAK





Ketika memilih perisian komputer, ciri-ciri perisian komputer yang perlu diambil kira ketika memilih perisian untuk kanak-kanak peringkat awal adalah:




1. Kesesuaian umur dengan kemahiran yang diprogramkan dalam perisian komputer.
Perisian yang menyatakan umur kanak-kanak harus disiasat dengan teliti. Pastikan ia mempunyai pelbagai tahap supaya kanak-kanak dapat memilih tahap yang lebih tinggi apabila kemahiran sudah meningkat.


2. Kawalan kanak-kanak.
Programnya menggalakkan kanak-kanak memilih program dan aktiviti yang diminati serta dapat meneroka dengan bebas. Kanak-kanak dapat menamatkan penggunaannya atau menukar aktiviti pada bila-bila masa, tanpa menunggu sehingga satu aktiviti tamat.


3. Terbuka.
Perisian komputer yang baik secara aktif menggalakkan kanak-kanak meneroka. Tujuan permainan menggunakkan komputer sepatutnya belajar melalui proses daripada hasil akhir dan jawapan yang betul. Ia juga membenarkan kanak-kanak kreatif dan dapat menyelesaikan masalah.


4. Rentak ataupun pergerakan 
Perisian yang sesuai memberi pilihan untuk kanak-kanak sama ada pergerakannya laju ataupun perlahan. Kanak-kanak yang lebih muda suka program yang tidak bergerak pentas kerana kemahiran motor mereka masih rendah. Mereka akan takut pada perisian yang bergerak terlalu pantas. Berbeza dengan kanak-kanak di peringkat prasekolah dan sekolah rendah mungkin lebih suka kepada perisian komputer yang bergerak pantas untuk menggelakkan mereka jemu menunggu arahan yang seterusnya.


5. Perwakilan objek konkrit dan menarik.
Perisian komputer yang menggunakan ikon bergambar yang jelas dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Ikon tersebut hendaklah dapat memberi maklumat dan arahan yang senang difahami oleh kanak-kanak dan sesuai dengan peringkat kognitif mereka.  Dengan adanya ikon tersebut, ia membantu kanak-kanak berfikir secara kreatif dan dapat membuat aktiviti secara perseorangan. Ikon dalam perisian komputer juga hendaklah berwarna asas seperti merah,biru, ataupun  hijau dan berbentuk mudah. Pergerakan animasi watak, gambar dan perkataan juga dapat menambah tarikan sesuatu perisian kepada kanak-kanak.


6. Bunyi yang menarik.
Sekiranya bunyi tersebut menarik suara, pilih perisian yang mengandungi suara yang jelas semula jadi dan perkataan senang difahami. Sekiranya bunyi berbentuk muzik, pilih perisian yang mengandungi muzik yang mudah dan ceria.


7. Fleksibel
Program yang baik memberi ruang kepada kanak-kanak belajar dengan stail pembelajaran. Perisian komputer yang baik mempunyai beberapa tahap kerumitan, bagi menyesuaikan matlamat guru dan kebolehan kanak-kanak.


8.Maklumat balas.
Perisian yang berkesan hendaklah memberi  maklum balas terhadap tindakan yang dilakukan oleh kanak-kanak. Maklum balas mungkin merupakan yang positif ( bila berjaya) ataupun neutral ( seperti ' cuba lagi'). yang penting, maklum balas tersebut memberi panduan yang menbantu kanak-kanak mengambil tindak yang seterusnya dan mebolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran.




9. Penguasaan pengendalian.
Perisian komputer yang berkesan untuk pembelajaran kanak-kanak membolehkan mereka mengendalikannya tanpa banyak bantuan ataupun penyeliaan daripada orang dewasa dengan jayanya.


10. Kesesuaian dengan jenis komputer.
Biasanya keperluan minimum tercatat di atas kulit perisian. Keperluan itu seperti sama ada sesuai dengan komputer IBM ataupun Machintosh, keperluan ruang komputer atau hard disc yang diperlukan oleh komputer dan lain-lain keperluan yang dinyatakan pada sampul disket.




11. Memilih perisian komputer penting supaya dapat menepati tujuan dan objektif kurikulum.
Setiap perisian komputer mempunyai tujuan yang berbeza. Mulakan dengan 5 hingga 10 perisian komputer yang sesuai dan tambahkan daripada semasa ke semasa.





p/s:
Semoga maklumat di atas membantu dan memberi manfaat kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai maklumat atau info selain ini jangan lupa berkongsi dengan kami di sini...SHARING IS CARING>>>> Terima KAsih..

No comments:

Post a Comment