CONTOH
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Kelas                          :        
Tarikh                         :       
Hari                             :
Masa                           :
          30 Minit (08.00am-08.30am)
Bil. Murid                   :
Umur                          :           5 Tahun
Modul                         :           Tema   
Tajuk/Tema                :           Educate Zoo/ Alam Hidupan (Haiwan) 
Tunjang Utama :
(ST
3.0) Menyiasat alam hidupan
(ST
7.0) Konsep nombor
Standard Kandungan :
(ST 3.4) Menjalankan penerokaan ke atas ciri, habitat, cara pergerakan,
jenis makanan, kitaran hidup haiwan jinak yang biasa dijumpai
(ST 7.1) Memahami nombor 1-10
Standard Pembelajaran :
(ST 3.4.5) Mengecam tempat tinggal haiwan (contoh:
kucing-rumah, ayam-reban, itik-kolam, lembu-padang, kerbau-sawah, katak-air dan
darat, ikan-air, burung-pokok)
(ST 3.4.6) Mengumpulkan haiwan mengikut habitatnya
(ST 7.1.3 ) Membilang objek 1-10
(ST 7.1.5) Memadankan angka 1-10 dengan bilangan objek yang betul
Kesepaduan Tunjang :
 (BM 2.2.4) Bersoal
jawab secara spontan
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :- 
(i)           
Mengelaskan 7 daripada 10 haiwan mengikut habitat
dengan betul
(ii)          
Menamakan 7 daripada 10 haiwan yang terdapat dalam
replika zoo
Pengetahuan Sedia ada :
Murid telah didedahkan tentang nama-nama haiwan yang
terdapat di persekitaran
Kemahiran Berfikir (KB) :
Mengelaskan haiwan mengikut habitat
Penerapan Nilai (PN) :
Toleransi, kerjasama, keberanian, berdisiplin, hormat-menghormati
Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
Gabus/
polistrin ( Replika Zoo), lidi, warna air, pasir, kad manila                     
Fokus Kecerdasan Pelbagai (MI) :
Kecerdasan Linguistik, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Logik Matematik
Kosa
Kata : 
Zirafah, singa, harimau, buaya, burung, ular, monyet
LANGKAH
  /  MASA 
 | 
  
ISI
  PELAJARAN 
 | 
  
AKTIVITI
  GURU 
 | 
  
AKTIVITI
  MURID 
 | 
  
CATATAN
  / BBM 
 | 
 
Set
  Induksi 
(3   Minit) 
 | 
  
Sesi
  soal jawab antara guru dan kanak-kanak 
 | 
  
1.   
  Guru menayangkan video untuk memperkenalkan tajuk
  pembelajaran. 
2.   
  Guru menanyakan soalan kepada murid. 
*siapa pernah
  pergi  
  zoo? 
*di zoo ada
  apa? 
 | 
  
1.   
  Murid melihat video yang ditayangkan oleh guru. 
2.   
  Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru. 
 | 
  
ABM:
  video 
 | 
 
Langkah
  1 
(5  Minit) 
 | 
  
Meneka
  bunyi binatang 
 | 
  
1.   
  Guru memperdengarkan  
audio
  bunyi pelbagai haiwan kepada murid. 
 | 
  
1.   
  Murid mendengar audio yang dipasang oleh guru. 
2.   
  Murid meneka bunyi 
   
      haiwan tersebut. 
 | 
  
ABM:
  audio bunyi pelbagai haiwan 
KB:
  menjana idea 
 | 
 
Langkah
  2 
(10  Minit) 
 | 
  
Menamakan
  dan mengelaskan haiwan mengikut habitat 
 | 
  
1.   
  Guru bertanya kepada murid tentang nama setiap replika
  haiwan yang dipamerkan di hadapan kelas 
2.   
  Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan. 
3.   
  Guru memberikan setiap kumpulan replika haiwan untuk
  dilengkapkan mengikut habitat dalam replika zoo yang disediakan 
 | 
  
1.   
  Murid menamakan  
      setiap haiwan yang  
      ditunjukkan oleh guru 
2.   
  Murid berada dalam kumpulan yang dipilih oleh guru 
3.   
  Murid mendapat replika haiwan dan mengelaskan mereka
  mengikut habitat dalam replika zoo. 
 | 
  
ABM:
  replika zoo, replika haiwan 
KB: menamakan
  dan mengelaskan 
PN:
  kecerdasan logik-matematik 
MI:
  kerjasama, toleransi  
 | 
 
Langkah
  3 
(7 Minit) 
 | 
  
Mengira
  bilangan dan membandingkan mengikut saiz dan warna 
 | 
  
1. 
   Guru memilih
  murid 
     untuk  mengira bilangan   
     haiwan yang
  terdapat  
     dalam setiap
  habitat 
2. 
  Guru bertanya kepada 
     murid
  tentang   
     perbandingan
  setiap  
     haiwan
  mengikut saiz  
     dan warna  
     * gajah
  dengan harimau   
       mane lagi
  besar? 
     * mane lagi
  tinggi?    
      
  Zirafah   
       ke monyet? 
    * singa ni
  warna apa? 
 | 
  
1. 
  Murid mengira  
    bilangan
  haiwan  
    yang terdapat
   
    dalam setiap habitat 
2. 
  Murid  
     membandingkan  
     haiwan mengikut saiz  
     dan warna 
 | 
  
ABM:
  replika zoo, replika haiwan 
KB:
  membanding 
PN:
  kecerdasan logik matematik 
MI:
  toleransi, kerjasama 
 | 
 
Penutup 
(5 Minit) 
 | 
  
Rumusan
  pembelajaran 
 | 
  
1.   
  Guru melihat setiap kumpulan mempamerkan hasil kerja
  mereka di hadapan kelas 
2.   
  Guru mendengar murid bercerita tentang hasil kerja
  kepada kawan-kawannya.  
      *guru boleh bertanya  
soalan  untuk menggalakkan murid bercerita 
 | 
  
3.   
  Setiap kumpulan mempamerkan hasil kerja yang dibuat
  bersama-sama kepada kumpulan yang lain. 
4.   
  Murid dalam kumpulan menceritakan semula tentang hasil
  kerja kepada kawan-kawan yang lain. 
 | 
  
ABM:
  replika haiwan dan zoo 
KB:
  refleksi 
PN:
  kecerdasan linguistik 
MI:
  keberanian  
 | 
 
Refleksi Guru: 
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________  
Refleksi Murid: 
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Mengapakah
Aktiviti Educate Zoo Sesuai untuk Pembelajaran Sains dan Matematik Kanak-Kanak
.
Melalui aktiviti educate zoo ini kanak-kanak dapat
mempelajari sesuatu mengenai:-
1.    Memperkenalkan konsep awal matematik
kepada kanak-kanak seperti pengelasan dan perbandingan ciri (warna, saiz).
2.    Aktiviti
pengelasan adalah  proses penting untuk
membentuk konsep nombor.
3.    Memastikan
murid menguasai  konsep perbandingan yang
selalu digunakan  seperti lebih tinggi,
lebih besar.
4.   
Menyediakan
pembelajaran awal sains apabila kanak-kanak menjalankan penerokaan ke atas alam
hidupan (haiwan) dengan mengecam dan mengumpulkan setiap replika haiwan
mengikut habitat 
5.   
Mementingkan penguasaan kemahiran  daripada pemerolehan pengetahuan 
6.    Membekalkan
pengalaman awal matematik  dalam konsep
nombor iaitu membilang, satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian yang
mana murid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. Terdapat empat prinsip membilang 
untuk dikuasai sebelum kanak-kanak dapat membilang secara rasional dan
bukan hafalan. 
·        
Murid dapat memadankan satu objek dengan satu nombor
·        
 Prinsip
susunan nombor  yang mengikut urutan
iaitu bermula dari 1,2,3,…dan seterusnya
·        
Prinsip Cardinal 
iaitu nama dan nombor yang terakhir 
adalah jumlah objek yang dibilang    Order Irrelevance iaitu boleh memulakan  pengiraan dari mana-mana kedudukan.
