Cute Onion Club - Onion Head

Followers

Thursday 30 August 2012

Apa itu Konservasi??


Konservasi dalam pendidikan awal kanak-kanak

Konservasi itu ialah pengekalan. Kanak-kanak pada peringkat praoperasi belum memahami konsep konservasi( pengekalan) ciri-ciri bahan seperti nombor, ruang, isi padu dan berat yang sama tidak berubah kandungannya walaupun berlainan bentuk dan saiz. Pemikiran egosentrik mengehadkan kebolehan kanak-kanak melakukan konservasi, iaitu pengetahuan bahawa bilangan atau isi padu objek kekal walaupun berubah bentuk ( seperti bentuk bekas berubah ataupun objek digerakkan menjadi lebih jauh. 

Penguasaan konservasi kanak-kanak meningkat mengikut konsep yang lebih ketara ke arah konsep yang abstrak ( penaakulan transduktif) seperti 

  • Bilangan
  • Kawasan/ ruang
  • Isi padu
  • Berat
kanak-kanak akan bermula dengan konservasi bilangan dan berakhir dengan konservasi berat. Konservasi bilangan boleh dikuasai pada peringkat prasekolah. Individu yang tidak terdedah kepada konsep berat seperti pengukuran menggunakan kg, kati atau paun mungkin tidak menguasai konservasi berat, walaupun sudah dewasa.

Contoh konservasi:
Kanak-kanak ditunjukkan dengan dua biji gelas yang mengandungi jumlah air yang sama banyak. Jika air dari sebiji gelas itu dituangkan ke dalam sebiji gelas yang lebar dan pendek maka berpendapat air di dalam gelas yang lebar itu kurang dari air di dalam gelas yang tinggi.

Contoh lain ialah guli. Beberapa guli disusun sebaris dan kemudian di teraburkan. Kanak-kanak pada peringkat praoperasi akan mengatakan guli yang bertabur itu adalah lebih banyak. Manakala, peringkat operasi konkrit, kanak-kanak akan mengatakan kedua-dua itu adalah sama banyak.



No comments:

Post a Comment