Cute Onion Club - Onion Head

Followers

Thursday 30 August 2012

Flash games matematik untuk kanak-kanak




Nama  permainan        : Dora Explorer Star Catching

Umur                           : 4 tahun

Objektif Permainan     :
1.      Mengenali warna seperti merah, kuning dan hijau.
2.      Mengelaskan objek mengikut warna.

Cara bermain               :
1.      Mula-mula tekan butang ‘PLAY’
2.      Dengar arahan yang diberi.
3.      Kanak-kanak dikehendaki melihat salah satu kotak bintang yang berwarna.
4.   Contohnya, jika kotak bintang besar mengeluarkan warna merah maka kanak-kanak perlu mengambil bintang yang sama warna bergerak dalam bulatan dengan cepat.
5.      Masa berjalan mengikut bulatan.
6.      Kanak-kanak perlu mengelaskan bintang dengan cepat sebelum masa tamat.
7.      Jumlah bintang yang dikelaskan akan dipamerkan pada akhir permainan.
8.      Sekiranya kanak-kanak tidak dapat mencapai sasaran permainan, mereka boleh bermain semula dengan menekan butang “PLAY AGAIN’.

Kelebihan permainan  :
1.   Maklumat dan arahan yang mudah difahami oleh kanak-kanak dan sesuai dengan tahap perkembangan kognitif mereka.
2.      Perwakilan objek konkrit yang menarik kerana menggunakan ikon gambar yang jelas dan mudah difahami.
3.      Konsep belajar sambil bermain dapat didedahkan dalam pembelajaran kanak-kanak.
4.      Memberi pengalaman baru dan bermakna dalam kehidupan awal kanak-kanak.
5.      Memberi  peluang kepada kanak-kanak meneroka sesuatu yang baru dalam pembelajaran.
6.      Merangsang minat dan keseronokan kanak-kanak  untuk belajar matematik.
7.      Kanak-kanak dapat mempelajari Bahasa English.
8.      Kanak-kanak dapat bertindak dengan pantas dalam mengelaskan warna.
9.      Meningkatkan kebolehan mengesan bunyi, mengecam warna dan menganggar kedudukan objek dalam ruang ( di sini,  di sana, ada, tiada dan sebagainya).
10.  Menarik kanak-kanak untuk bermain kerana mempunyai unsur audio dan visual yang jelas.
11.  Memberi peneguhan positif seperti kata-kata pujian apabila kanak-kanak boleh melakukan dengan baik.

Kekurangan permainan           :
1.      Kesesuaian umur dengan kemahiran kanak-kanak untuk bermain permainan ini  adalah terhad.
2.      Kemahiran sosialiasasi kanak-kanak dengan orang sekeliling berkurangan.
3.      Memberi risiko kepada daya penglihatan kanak-kanak pada awal usia.
4.      Masa kanak-kanak untuk bersama dengan guru, ibu bapa dan rakan sebaya kurang.
5.      Tidak mempunyai kepelbagaian aktiviti.
6.      Kanak-kanak tidak merasai bahan yang sebenar.

Hasil Pembelajaran      :
Di akhir, permainan kanak-kanak dapat:
1.      Mengetahui nama warna dengan betul.
2.      Mengelaskan objek yang sama warna dengan betul.
3.      Perkembangan pra-matematik semakin bertambah.


Link games matematik.
http://media.y8.com/system/contents/43365/original/how-many-apples-are-in-the-cart.swf?1338117744
http://media.y8.com/system/contents/43290/original/how-many-robots.swf?1337850417
http://www.learninggamesforkids.com/math_games/addition/bus-drivers-math-addition.html
http://media.y8.com/system/contents/46469/original/how-many-teddy-1.swf?1345244860

p/s : games2 di atas itu semuanya leh download.

No comments:

Post a Comment