Cute Onion Club - Onion Head

Followers

Thursday 9 February 2012

Jom Belajar mengira!!



  COUNTING CATERPILLAR



Cara main :-
Klik no dan kemudian letakkan pada lubang yang di atas dahan pokok itu. 
Apabila selesai, klik pada badan ulat. Ini untuk memastikan nombor yang anda susun itu betul. Nombor yang lain pula akan muncul. Permainan ini dari mudah kepada yang sukar.
Mudahkan..


COUNTING CARS


Cara main :-

  1. Klik link di atas. Kemudian tekan button play games. (tekan button star tu ye)
  2. Anda akan nampak parking kereta yang tengah-tengahnya mempunyai nombor.
  3. Mula sekali klik button start.
  4. Anda perlu melihat nombor di tengah-tengahnya itu. Contohnya no 10, Kemudian tengok nombor yang mula-mula sekali kat sebelah kiri. Contohnya no. 5. Anda hanya perlu klik pada kereta tersebut mengikut susunannya. Contohnya selepas no. 5 , 6, 7, 8, dan seterusnya.
  5. Mudahkan.. Bukan itu sahaja kanak-kanak boleh bermain sehinggalah beberapa kali yang mereka mahu kerana setiap kali kanak-kanak berjaya menyelesaikan nombor yang lain pula akan muncul.
  6. Kanak-kanak boleh mengira bersama-sama.


FUNNY FINGER


http://www.ictgames.com/funny_fingers_v2.html


Cara main:-

  1. Mudah sahaja permainan ini.
  2. Kanak-kanak  perlu lihat nombor di atas jari itu. 
  3. Klik pada ibu jari dan hinggalah ke jari manis. Ini untuk tangan kiri. Kanak-kanak akan kira menaik.
  4. Tangan kanan pula kira urutan menurun. 5, 4, 3, 2, 1. Klik sahaja pada jari. Dan bermula daripada jari ibu.


TECHNO TORTOISE





Cara main :-

  1. Mula-mula sekali, klik button game yang warna merah itu.
  2. ok..anda klik button next. Nanti nombor akan keluar contoh 24 + 20.
  3. Klik sahaja daun yang ada di atas tu.. contohnya klik daun yang no 10, (2 kali ) dan no. 1 ( 4 kali) dan klik daun no.10 ( 2 kali).
  4. Penyu yang di atas itu akan melompat.
  5.  Selepas siap, klik button check. Sekiranya betul anda no di kotak score akan tulis no.
  6. Fungsi bentuk empat segi itu untuk padam, sekiranya anda salah semasa mengira.

OCTOPUS GAMES



Cara main :-
  1. Lihat arahan yang di atas itu. Contoh 10 more than 10.( 10 + 10)
  2. Kanak-kanak akan membilang nombor tersebut. Jawapannya ada di atas kerang.
  3. Untuk pastikan jawapan itu betul atau salah klik pada kulit kerang tersebut.
  4. Sekiranya Yes dikira betul.
  5. Kanak-kanak yang tidak tahu membilang juga digalakkan main permainan ini. 

FISH 2'S


http://www.ictgames.com/fishy2s.html


Cara main:-

  1. Kanak-kanak hanya perlu menekan ikan yang berenang di dalam air itu sahaja. 
  2. Mengikut urutan 2,4,6,8,10,12.


NILE NUMBER



Cara main:-
  1. Mudah sahaja, kanak-kanak hanya klik next ball.
  2. Kanak-kanak akan membilang bola yang jatuh di bawah itu.


Apa yang kanak-kanak dapat??

  1. Kanak-kanak akan mudah mengingati nombor mengikut urutan.
  2. Dapat mengenal nombor dari mudah kepada sukar.
  3. Perkembangan kognitif dapat di tingkatkan.
  4. Melatih kanak-kanak menyelesaikan masalah.
  5. Kanak-kanak akan  belajar dalam keadaan  seronok dan ingin bermain lagi.




No comments:

Post a Comment