Cute Onion Club - Onion Head

Followers

Tuesday 28 February 2012

KoNSeP NomBor 1 2 3 4....


Ini  adalah nota sambungan entry  yang semalam itu di bawah tajuk Penguasaan Konsep Matematik. Ok?? 
Nombor memainkan peranan penting dalam pembelajaran matematik. Konsep nombor disimpulkan oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan atau kumpulan benda yang dilihat. Konsep nombor menggambarkan bilangan atau banyaknya benda bagi sesuatu kumpulan iaitu sifat kuantiti benda tersebut manakala angka adalah simbol atau tanda yang mewakili serta menggambarkan konsep nombor. Konsep asas yang perlu dipelajari adalah kesedaran kepada bunyi nombor dan turutan nombor, mrngira dan padanan satu dengan satu. Proses mengenal nombor merangkumi beberapa tahap.


Tahap 1 : Kesedaran berkenaan bunyi dan susunan nombor.

 Kanak-kanak sudah mula mengira ketika mereka pandai bertatih,memanjat tangga dengan jari ataupun menyanyi.  Pengalaman yang berulang-ulang ini merangsang kebolehan kanak-kanak mengingat susunan dan bunyi nombor walaupun mereka belum memahami konsep atau makna nombor yang disebutkan.

Proses ini melibatkan hubungan satu dengan lain atau padanan set. kanak-kanak mendapat pengalaman aktiviti nombor melalui bermain tradisional seperti teng-teng, bermain telefon, nombor rumah, resipi aktiviti memasak yang digunakan. Kanak-kanak akan lebih berminat dengan nombor apabila ia berkait dengan dirinya. Contoh umur, berat, tinggi dan bilangan jarinya. Walaubagaimana pun kebolehan mengira dan membilang bukan bererti kanak-kanak dapat mengaitkan dengan kuantiti dan fungsinya.


Tahap 2 : Memahami simbol nombor.

Pada peringkat awalnya memang kanak-kanak akan menghafal turutan nombor tanpa mengetahui makna disebalik nombor-nombor yang disebutkan. Oleh itu, bahan konkrit penting bagi meningkatkan kelemahan konsep nombor dengan bilangan.


Tahap 3 : Mengenal simbol nombor

Kanak-kanak biasanyan akan menghafal urutan nombor sterusnya diikuti dengan pemahaman perkaitan bilangan objek dan nombor dan seterusnya mengenal simbol nombor. Sombol nombor adalah berbeza-beza mengikut tulisan sesuatu bangsa atau kaum. Tetapi konsep nombor bilangan tetap sama.

Tahap 4 :Menyusun nombor.
Sesudah mengenal simbol nombor, kanak-kanak perlu jelas berkenaan susunan nombor. Susunan nombor yang betul penting apabila kanak-kanak mengira. Dalam pengenalan nombor arah atau kedudukan nombor amat penting. Nombor kardinal penting yang bermaksud kuantiti sesuatu objek. Setiap nombor membawa nilai kuantiti tersendiri. Contohnya nombor 3 dikaitkan dengan benda yang mengandungi 3 objek. Nombor-nombor ordinal merupakan nombor yang menentukan kedudukan sesuatu benda mengikut susunannya. Nombor ordinal seperti bulan, siri benda, siri peristiwa, tarikh lahir dan sebagainya.


Tahap 5 : Penambahan dan pengurangan dalam pengiraan .

Apabila kanak-kanak mahir  dengan nombor dan bilangan, mereka dapat dapat menentukan bilangan apabila dua set benda dan angka dicampurkan. Dalam proses tolak pula, kanak-kanak akan dapat mengetahui apa yang akan terjadi apabila ada benda yang dikeluarkan atau dibuang daripada set tersebut.



Kandungan pembelajaran konsep nombor adalah seperti berikut:-

1. Mengenal konsep nombor 1-5
  • Membilang  1-5
  • Mengenal nombor 1-5
  • Memadan nombor dengan bilangan.
  • Mengetahui konsep banyak dan sedikit.

2. Mengenal nombor 5 - 10
  • Membilang nombor 5 -10
  • Mengenal nombor 5-10
  • Memadan nombor dengan bilangan 5-10.
  • Membilang secara menurun 10-1. 

3. Memahami makna sifar.

4.Mengenal nombor 10 -20
  • Membilang 10-20
  • Mengenal nombor 10-20
  • Menyatakan siri 10,11....20 dan seterusnya. 

5.Mengenal nombor 20-30
  • Membilang  20 -30
  • Mengenal nombor 20-30
  • Menyatakan siri 20,21....30 dan seterusnya.

6.Mengenal nombor 30-40
  • Membilang  30-40
  • Mengenal nombor 30-40
  • Menyatakan siri 30,31....40 dan seterusnya.

7.Mengenal nombor 40-50
  • Membilang lisan 40-50
  • Mengenal nombor 40-50
  • Menyatakan siri 40,41....50 dan seterusnya.

* rujukan buku Panduan Kurikulum Prasekolah.



1 comment: