Cute Onion Club - Onion Head

Followers

Monday 27 February 2012

PeNgUasaan Konsep MateMatik

Asslmualaikm semua!! Hari ini kami nak kongsi mengenai penguasaan konsep matematik untuk  kanak-kanak prasekolah. Kebetulan tadi kami terjumpa buku Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikarang oleh Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah dan Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad ini di library dan kami rasa buku ini memang best dan banyak input-input yang menarik. Sekarang ini, kami nak kongsi dengan anda semua mengenai buku yang kami pinjam ini  terutama sekali pelajar-pelajar yang ambil course PAKK ini. SHARING IS CARING>>>>>



Kebolehan matematik adalah asas kemahiran yang diperlukan bagi menjalani  kehidupan seharian. ( Nor Azlan. 1987). Asas perkembangan matematik kanak-kanak bermula daripada pengalaman kanak-kanak  berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti objek seperti warna, saiz, dan bentuk yang berbeza-beza serta memanipulasikan nombor-nombor yang ada disekeliling mereka. Ia berlaku secara sepontan dan semula jadi kerana kanak-kanak secara semula jadinya mempunyai kebolehan ingin tahu yang tinggi.  Jean Piaget menyatakan setiap kanak-kanak normal berupaya memahami matematik dengan baik apabila aktiviti dan kaedah yang diberikan menarik minat mereka. Matematik adalah contoh pemikiran logik yang membentuk konsep nombor kanak-kanak yang memerlukan pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman berkenanan pemikiran kanak-kanak.

Kanak-kanak peringkat ini perlu diberi pengalaman dengan benda maujud apabila mempelajari konsep nombor. Urutan perkembangan pembelajaran matematik melalui tiga tahap seperti berikut:
  1. Peringkat konkrit
  2. Peringkat menggambar
  3. Peringkat simbol

OBJEKTIF PENDIDIKAN MATEMATIK.

  1. Mengambil bahagian dalam aktiviti matematik bermula daripada aktiviti menggunakan bahan konkrit kepada abstrak. ( Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003)
  2. Memberi peluang memegang, ,emeroka bahan, mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan idea matematik.
  3. Menyedari konsep ruang, masa dan menggunakan simbol.
  4. Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding, turutan, menyukat, graf, membilang dan operasi nombor.

Kurikulum pengajaran matematik kanak-kanak memberi penekanan di atas proses memahami konsep matematik, penaakulan dan penyelesaian masalah semasa proses pembelajaran dengan menggunakan pelbagai rangsangan, media, kaedah dan aktiviti.


KANDUNGAN KOMPONEN

  1.  Pengelasan objek
  2. Seriasi
  3. Padanan satu dengan satu
  4. Konsep nombor
  5. Operasi nombor
  6. Pengukuran
  7. Konsep masa

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pendekatan yang dapat digunakan dalam pembelajaran matematik kanak-kanak adalah berbentuk hafalan, aktiviti dan bimbingan serta menerusi permainan. Menurut Skemp ( 1989), pembelajaran matematik memerlukan 95 % pembelajaran bermakna dan 5 
% sahaja pembelajaran berbentuk hafalan. Sebelum kanak-kanak diberikan aktiviti yang berkaitan dengan nombor ataupun diperkenalkan dengan nombor yang sebaliknya mereka diberikan pengalaman yang cukup dalam aktiviti pranombor. Aktiviti pranombor melibatkan pengelasan objek, seriasi dan padanan satu dengan satu. Berikut adalah aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti pranombor :-
  1. Mengasing dan mengumpulkan objek sama jenis.
  2. Mengasing dan mengumpulkan objek yang berbeza.
  3. Mengelas dan menbanding objek mengikut saiz.
  4. Mengelas dan membanding objek mengikut kuantiti.
  5. Mengelas dan membandingkan objek mengikut warna.
  6. Menyusun objek mengikut saiz besar ke kecil ataupun sebaliknya.
  7. Menyusun objek mengikut saiz rendah ke tinggi ataupun sebaliknya.
  8. Mengetahui bilangan objek mengikut kuantiti sedikit, sama banyak dan lebih banyak.
  9.  Mencari pasangan objek.

Pengenalan konsep nombor dan penggunaannya perlu disertakan dengan aktiviti yang berkaitan bagi mengukuhkan pengalaman. Apabila kanak-kanak didedahkan dengan pengalaman awal dalam pengenalan nombor ( membilang dan memadan simbol dengan objek), opersai nombor, iaitu konsep tambah dan tolak, barulah kanak-kanak boleh didedahkan kepada pembelajaran matematik yang lebih abstrak seperti pengukuran masa, wang dan ruang.
  

                                       




No comments:

Post a Comment