Cute Onion Club - Onion Head

Followers

Saturday 25 February 2012

Bacaan Lantang untuk kanak-kanak


Ini adalah serba sedikit info yang telah kami pelajari di dalam kelas ict untuk kanak-kanak. Jom sama-sama kita kongsi. Nota ini adalah nota ringkas kami semasa di dalam kelas. Mungkin terdapat beberapa kekurangan dan kelalaian kami sepanjang pembelajaran ini. Harap anda semua yang mengetahui pembacaan ini boleh menambah dan berkongsi bersama kami di sini.

Apa itu bacaan lantang?
  • Bacaan daripada pihak guru kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca.
  • Kanak-kanak menjadi pendengar dan respond pada bacaan kita.
  • Sesuai dijalankan kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca.
  • Apa yang kita baca dengan kanak-kanak perlu dirancang terlebih dahulu.
  • Teks yang kita baca itu tidak semestinya kanak-kanak tahu dan faham.
  • Berinteraksi dengan kanak-kanak.

Apa jenis bahan/buku yang boleh saya baca untuk kanak-kanak??


segala jenis bahan bacaan.


Kenapa guru perlu bersedia??
  • Guru perlu tahu jalan cerita terlebih dahulu. Kemudian barulah boleh ceritakan pada kanak-kanak.
  • Buat perancangan. Contoh highlight tempat yang nak berhenti, sediakan soalan-soalan untuk menanya kanak-kanak.
  • Eye- contact dengan dengan kanak-kanak.
  • Supaya kanak-kanak faham, sebutan ayat dapat bertambah dan  mengenal perkataan dan huruf-huruf.

Soalan- soalan ( jenis-jenis soalan yang boleh ditanya kepada kanak-kanak)
  • Soalan berbentuk ramalan.
  • Soalan berbentuk fakta/ingatan                                           contoh: ada berapa ekor anak ayam?
  • Soalan berbentuk penilaian.
  • Meletakkan situasi pada cerita.
  • Soalan imaginasi
  • Soalan berbentuk pengalaman kanak-kanak.
Bila guru perlu buat bacaan lantang ini??
  • Bila kelas bermula dan di akhir pembelajaran sekolah.
  • Sementara nak tunggu aktiviti lain.
  • Sebagai aktiviti tambahan waktu/ aktiviti sampingan 
  • Bila-bila masa kita rancang.

KepentiNgannYa???
  • Memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolahan.
  • Meningkatkan asas kosa kata.
  • Meningkatkan daya ingatan dan  kemahiran membaca.
  • Mendapatkan maklumat mengenai dunia sekeliling mereka.


PerSediaan ( Strategi bacaan kuat)

SEBELUM
  • Cari buku yang sesuai dengan kefahaman kanak-kanak.
  • Pastikan cikgu faham jalan cerita itu.
SEMASA
  • Duduk, ambil sekumpulan kanak-kanak (jangan terlampau banyak kanak-kanak)
  • Pegang  buku ke depan. macam ini...
                           
  • Mulakan suara yang kuat.
  • Pastikan kanak-kanak diam.
  • Baca dengan eksprasi muka.
  • Tukar suara dengan setiap watak yang berbeza.

SELEPAS
  • Sesi soal jawab seperti guru boleh tanya kefahaman jalan cerita kepada kanak-kanak. ( kenapa dan bagaimana jalan cerita tersebut terjadi)
  • ulang balik cerita maksudnya cerita sekali imbas.

* rujukan nota ringkas semasa pembelajaran ict.

1 comment:

  1. Menarik isi laman blog ini. terima kasih dengan perkongsian ilmu. tak sabar nak aplikasi pada anak murid saya.

    ReplyDelete