Cute Onion Club - Onion Head

Followers

Friday 10 February 2012

FOKUS MODUL  
( PERKEMBANGAN PRA-MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK) 
BERDASARKAN KURIKULUM PERMATA







Umur 0-6 Bulan

Ciri-ciri kanak-kanak: 

 Pada umur 1-2 bulan, bayi masih tidak aktif dan lebih banyak tidur.  Pada umur 3 tahun hingga 4 bulan, bayi telah boleh mengangkat kepala dan melihat kiri dan kanan serta mendengar dengan agak baik. Bayi telah  boleh senyum bila diacah. Pada umur 5 hingga 6 bulan bayi telah boleh meniarap dan berpusing badan. Kepalanya juga lebih kuat dan deria pendengaran dan penglihatannya juga lebih baik. Pada masa ini rangsangan deria amat penting untuk membantu bayi membina sinaps yang banyak dalam mindanya, terutama deria pendengaran, sentuhan dan penglihatan serta kemahiran motor kasar.


FOKUS MODUL: 

Fokus modul ialah memberi rangsangan yang melalui deria-deria dengar, lihat, sentuh,rasa dan bau supaya terbina sinaps yang banyak dalam minda bayi sebagai asas kepada perkembangan intelek yang baik. Intervensi yang dijalankan adalah untuk:

1. Mengembangkan deria dengar dan lihat bayi bagi membina kebolehan spatial,iaitu kebolehan    
    menganggar kedudukan pelbagai objek dalam ruang, dan hubungan dirinya dengan ruang.
2. Mengembangkan kebolehan merasai berbagai tektur.
3. Mengembangkan kebolehan mendengar dan mengesan bunyi, membezakan bunyi dan intonasi
    bunyi.
4. Mengembangkan kebolehan mengesan pergerakan ( objek yang bergerak).


UMUR 7 - 12 BULAN.

Ciri-ciri kanak-kanak:

Pada umur 6 hingga 8 bulan, bayi telah boleh meniarap, berpusing kedudukan dan mungkin merangkak. Bayi juga boleh memberi tindakbalas kepada bunyi, dan mengeluarkan bunyi semasa ketawa. Pada umur 8 hingga 10 hingga 12 bulan, bayi telah boleh mengeluarkan satu atau dua perkataan yang kabur bunyinya, tetapi telah boleh ketawa dengan baik. Bayi juga telah bertatih, walaupun masih tidak stabil, mereka perlu dipapah. Bayi juga telah boleh menggenggam dengan agak kuat.


FOKUS MODUL

Fokus modul ini ialah untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan deria-deria utama bayi bagi meningkatkan pembinaan kemahiran pemikiran awal bayi. Intervensi yang dijalankan adalah untuk

  1. Meningkatkan kebolehan mengesan bunyi, mengecam wajah dan menanggap kedudukan pelbagai objek dalam ruang ( di sini,  di sana, ada, tiada dan sebagainya)
  2. Meningkatkan kebolehan bayi menghubungkan dirinya dengan objek ( cantik, suka, tidak suka, saya punya, dia punya dan sebagainya)
  3. Meningkatkan kebolehan bayi menghubungkan bunyi dengan objek dan membezakan bunyi yang berlainan.
  4. Meningkatkan kebolehan bayi merasai pelbagai tekstur dan menerangkan tektur ( licin, lembut, keras, basah, berduri, berminyak dan lain-lain) dan kemahiran membau ( wangi, busuk, harum dab sebagainya)
  5. Meningkatkan kebolehan bayi mengenali warna dan objek.
  6. Meningkatkan kebolehan bayi menunjukkan respons semasa ransangan diberikan.

UMUR 1 - 2 TAHUN

Ciri-ciri kanak-kanak.

Pada umur 1 hingga 1/2 tahun, kanak-kanak boleh merangkak, berdiri, berlatih/berjalan dan bercakap beberapa patah perkataan, memanggil ibu bapa atau pengasuh, meniru percakapan pengasuh/ibu bapa, ketawa, dan memegang dengan kuat. Motor halus mula digunakan. Kanak-kanak yang berumur setengah tahun hingga 2 tahun adalah sangat aktif, boleh mengangkat kaki, menaiki tangga, lebih gemar bermain di luar, boleh naik buai, basikal roda-tiga, dan makan sendiri. Sahsiah mereka mula terbentuk. Pada masa ini, kanak-kanak beremosi stabil akan lebih tenang, manakala yang kurang stabil suka menunjukkan tantrum. Pengasuh mesti melayani kanak-kanak pada umur ini dengan lemah lembut dan percakapan ynag jelas bersopan santun demi memastikan memastikan mereka tidak terikut-ikut cara yang kasar.  Ketika ini kanak-kanak paling mudah/suka meniru gelagat orang dewasa. Mereka boleh mengelek-gelekkan badan meniru gaya orang menari dan sebagainya.

FOKUS MODUL

Fokus modul ialah untuk meningkatkan kebolehan kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah ( semasa bermain), memberi sebab/ alasan terhadap sesuatu perkara, dan memahami dan sensitif terhadap alam sekitar. Perkembangan pratulisan dan bacaan dan ditekankan, juga literasi asas dan persepsi tentang kuantiti, selain daripada kemahiran motor halus. Intervensi yang dijalankan adalah untuk
  1. Meningkatkan kebolehan kanak-kanak menguasai kemahiran pra-tulisan, pra-bacaan (literasi asas), pra-sains dan pra-matematik.
  2. Meningkatkan kebolehan kanak-kanak berkomunikasi (menyebut) perkataan seperti besar, kecil, jauh, dekat, tinggi dan sebagainya.
  3. Meningkatkan kemahiran memerhati dan membezakan objek, rupa haiwan, bunyi haiwan, daun/tumbuhan/bunga/ dan sebagainya.
  4. Meningkatkan kepekaan kanak-kanak terhadap alam sekitar mereka dan kejadian alam.

UMUR 3- 4 TAHUN

CIRI-CIRI KANAK-KANAK.

  • Mula menyedari diri sebagai seorang individu dab sebahagian daripada masyarakat.
  • Mula mempelajari cara untuk  mengawal diri (disiplin) dengan bantuan dan bimbingan  guru atau penjaga.
  • Mula mempengaruhi rakan sebaya dari segi sikap dan imej diri ( baik atau buruk bergantung kepada imej dan contoh yang ada disekeliling.
  • Mula menunjukkan nilai-nilai diri dan kepribadian yang ditiru dari orang lain.
  • Mula menunjukkan kemampuan menilai keindahan alam dengan kekuasaan Tuhan.
  • Mula memahami adanya kuasa yang lebih besar dan agung Tuhan.
  • Boleh melakukan beberapa amalan agama yang mudah dan asas.

FOKUS MODUL

Fokus modul ialah untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan deria-deria utama bayi bagi meningkatkan pembinaan kemahiran pemikiran awal bayi. Intervensi yang dijalankan adalah untuk
  1. Meningkatkan kebolehan pra-matematik kanak-kanak dan pemahaman nombor.
  2. Meningkatakn kebolehan mengenali corak-corak mudah dalam alam sekitar.
  3. Meningkatkan kebolehan kanak-kanak berfikir dan memberi sebab/alasan yang berasaskan logik melalui soalan-soalan mengapa? Bagaimana?
  4. Meningkatkan kebolehan menyelesaikan masalah mudah.

*Rujukan Buku Kurikulum Permata, Panduan Pendidikan Awal Kanak- Kanak.






















2 comments: