Cute Onion Club - Onion Head

Followers

Wednesday 27 June 2012

Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan kanak-kanak

              APA ITU ABP?

 ABP ialah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid.
Melalui ABP dlm P&P,  
murid dapat :

žKecekapan berbahasa dan berkomunikasi
žKemahiran berfikir
žBerakhlak mulia dan beretika
žBerkeyakinan dan berdisiplin
žSihat dan cergas dan
žimaginatif, kreatif dan ekspresif.

PRINSIP2  ABP
1.  Perkembangan Domain Kognitif, Afektif & psikomotor saling berkaitan & mempengaruhi antara satu sama Lain .
             Kanak-kanak berkembang dalam domain fizikal, sosial, emosi & kognitif yang saling berkaitan antara satu sama lain. Perkembangan salah satu domain akan mempengaruhi perkembangan dalam domain yg lain.

2.  Perkembangan Berlaku Mengikut Urutan
           Perkembangan kanak-kanak  berlaku mengikut urutan dengan        diikuti oleh kemahiran, pengetahuan & kebolehan yg dipupuk kemudiannya.

3. Kadar Perkembangan kanak-kanak Berbeza
       Kanak-kanak adalah unik & antara satu sama lain dari segi minat, keperluan, kekuatan, personaliti, emosi, gaya pembelajaran, pengalaman & latarbelakang keluarga .

4. Perkembangan Adalah Berterusan
      Pengalaman di peringkat awal k2 akan memberi kesan kepada perkembangan & pengalaman pembelajaran mereka

  5. Perkembangan Adalah Berperingkat2 
      Perkembangan kanak-kanak  berlaku dalam konteks sosio-   budaya mengikut arah yg lebih kompleks.

6. Perkembangan Dipengaruhi Oleh Faktor Baka & Persekitaran
          Iaitu berlaku dalam konteks sosio-budaya keluarga yg berbeza, komuniti & masyarakat setempat yg saling berkaitan antara satu sama lain.

7. Kanak-kanak  Adalah Pelajar Aktif
  K2 adalah pelajar yg aktif & memahami persekitaran dunia     mereka daripada pengalaman di rumah, tadika & dalam komuniti.

8. Konsep Main Penting Kepada Perkembangan kanak-knak
          Konsep main sambil belajar adalah penting sebagai alat utk meningkatkan perkembangan sosial, emosi, rohani & kognitif seseorang k2.

9. Proses Perkembangan Meningkat Melalui Aktiviti Yg Mencabar
          Proses perkembangan k2 akan menjadi lebih cepat apabila mereka diberi peluang utk melatih kemahiran2 baru @ menjalankan aktiviti yg lebih mencabar

Jadilah benih yang bernas, Seribu tahun dijemur panas,Digetas binatang buas tetap tumbuh mencetus tnuas”

Sumber rujukan : nota kuliah Pn.Zaleha Abd. Latif



No comments:

Post a Comment